Khamis, 14 Februari 2013

HARI KRAF KEBANGSAAN 2013


Larkin, Johor Bahru: 

Kraftangan Malaysia akan menganjurkan Hari Kraf Kebangsaan pada 27 Februari hingga 11 Mac 2013 bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Ini merupakan penganjuran kali ke-11 bermula tahun 2003.

Majlis Perasmian pada tahun ini akan diadakan pada 4 Mac 2013 yang akan dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Sultanah Hajah Haminah Binti Haji Hamidun.


Melibatkan hampir 500 usahawan kraf seluruh Malaysia dengan menghimpunkan hasil seni produk kraf tempatan yang berkualiti, berinovasi dengan rekaan motif-motif kraf yang terkini bagi kegunaan masyarakat tempatan dalam penggayaan hidup masa kini. Pelbagai aktiviti menarik yang mampu menggamit hati pengunjung
.

                                   
 MASUK ADALAH PERCUMA!!! 
 JOM WARGA JOHOR, KITA PERGI EKKKK....



Selasa, 5 Februari 2013

Majlis Perpisahan Anggota kerja PKKMCJ 2013

Larkin - Pada 10.1.2013 yang lalu, telah diadakan majlis perpisahan dua orang anggota kerja iaitu Pn. Hardiana Johar yang akan menyambung tugasnya di PKKM Cawangan Penang dan Pn. Anjalia Raimin yang menyambung tugasnya di PKKM Cawangan Sabah pada 1.2.2013. Kedua mereka telah banyak memberikan kenangan dan sumbangan khitmat bakti yang tidak berbelah bahagi selama mereka berkhitmat di PKKM Cawangan Johor. Semoga dengan perpindahan ini, menjadi satu titik tolak untuk permulaan yang lebih baik buat mereka. Pihak KSKKMCJ juga mengucapkan setinggi penghargaan atas khidmat bakti yang dicurahkan mereka selama ini. Semoga mereka berbahagia dengan suasana kerja baru dan tidak melupakan kami disini.

Suasana hadirin ketika majlis perpisahan

Ucapan perpisahan dari Pn. Hardiana Johar....

Ucapan perpisahan Pn. Anjalia Raimin yang ceria kerana dapat berpindah ke negeri kelahiran iaitu Sabah.

Para hadiran tidak dapat menahan kesedihan ketika menyaksikan tayangan video kenangan.

Sesi penyampaian cenderamata kepada Pn Hardiana Johar

Sesi penyampaian cenderamata kepada Pn Anjalia Raimin

Rabu, 23 Januari 2013

Makmal Rekaan Batik Komersil 'Cubism' 2013

Larkin - Pada 14 sehingga 18 Januari 2013 yang lalu, telah berlangsungnya Makmal Rekaan Batik Komersil 'Cubism' bertempat di Institut Kraf Negara, Rawang. Seramai tiga usahawan dari johor yang terlibat iaitu dari syarikat Anggun Pesona, Faizui Collection dan Citawana Batik Ent. Manakala kakitangan yang terlibat dari Kraftangan Cawangan Johor pula ialah Pn. Zuraida Abd Manap. Makmal ini bertujuan memperkenal dan memberi kefahaman tentang asas tema produk yang ditonjolkan pada tahun 2013 iaitu konsep 'cubism' bersempena Hari Kraf Kebangsaan 2013 yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Usahawan yang menyertai makmal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi kreativiti dan inovasi dari aspek rekaan batik yang lebih segar, juga moden dan kontemporari melalui pendedahan proses penghasilan rekaan.

Usahawan sedang diberi penerangan mengenai rekaan berkonsepkan 'cubism' oleh kakitangan kraftangan.

Pemilik Faizui Collection dari johor sedang sibuk melaksanakan tugasan yang diberi.

Antara hasil kerja usahawan yang menyertai makmal tersebut

Salah seorang kakitangan kraftangan sedang membuat corak batik berkonsepkan 'cubism'.

Rabu, 2 Januari 2013

Cahayamata Baru PKKMCJ 2012


Johor Bahru - Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah menerima berita gembira dengan kehadiran cahaya mata yang keempat untuk tahun 2012 iaitu Puan Ellanie Bt Ahmad Izani yang telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat dan comel. Bayi yang diberi nama Nur Raneea Bt Mohd Badiuzaman dilahirkan pada 26 Disember 2012 ( Rabu ) pada pukul 11.37 pagi di Hospital Puteri Specialist, Johor Bahru.
Pihak Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Ellanie Bt Ahmad Izani dan suami. Semoga anda berdua akan terus berusaha meningkatkan lagi iltizam bekerja dengan kehadiran insan baru dalam hidup anda.

Selasa, 1 Januari 2013

Sekitar Promosi Kraf Malaysia Peringkat Zon Selatan 2012

Larkin - Telah berlangsungnya Promosi Kraf Malaysia Peringkat Zon Selatan bermula 13.12.12 hingga 25.12.12 bertempat di khemah A, Plaza Angsana, Johor Bahru. Promosi kali yang kedua ini menunjukkan peningkatan usahawan yang terlibat iaitu sebanyak 226 usahawan dari seluruh pelusuk tanahair. Seramai lebih 100 tenaga kerja dari pelbagai bidang dan peringkat pegawai terlibat dalam menjayakan program promosi kali ini. Promosi kali ini menyediakan pelbagai jualan produk kraf dari bidang tekstil, hasil rimba, logam, hasil tanah dan aneka, juga pelbagai lagi aktiviti persembahan kesenian dan interaktif kraf khusus buat pengunjung yang hadir bagi memeriahkan lagi promosi kali ini.

aktiviti jualan kraf mendapat perhatian pengunjung yang datang dari luar negara

para pengunjung yang gembira menyertai aktiviti interatif kraf mewarna batik

para pengunjung yang menghadiri promosi kali ini

pengunjung yang datang dari luar negara turut menyerikan lagi promosi kali ini

pengunjung sedang sibuk menyiapkan tugasan interaktif kraf yang diberikan

aktiviti lawatan berpandu memberikan sedikit sebanyak pendedahan mengenai kraf kepada rombongan

jurudemo sedang sibuk memberi penerangan kepada pengunjung/rombongan lawatan berpandu

antara rombongan lawatan berpandu yang disertai dari pelbagai jabatan dan persatuan

pengunjung yang hadir dapat beriadah dengan aktiviti interaktif kraf sambil membeli produk kraf

Perasmian Promosi Kraf Malaysia Peringkat Zon Selatan 2012

Larkin - Pada 14.12.12, telah berlangsungnya majlis perasmian Promosi Kraf Malaysia Peringkat Zon Selatan buat kali kedua. Majlis dimulai dengan ucapan aluan oleh Yang Berbahagia Encik Mohd Kamil bin Mohd Ali selaku Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia dan diikuti ucapan perasmian oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Sohaimi Shahadan selaku Pengerusi Kraftangan Malaysia. Gimik perasmian kali ini ialah bunyian alat muzik angklung yang dimainkan, majlis juga diserikan dengan persembahan zapin, peragaan fesyen, dan diakhiri sesi lawatan ke lokasi pameran dan jualan. 

Para tetamu dan dif2 kehormat yang hadir

Ucapan perasmian oleh Yang Berbahagia Pengerusi Kraftangan Malaysia

Perserta persembahan muzik angklung untuk perasmian sedang bersiap sedia

gimik perasmian promosi kraf malaysia 2012 peringkat zon selatan

sesi lawatan ke lokasi pameran dan jualan

sesi lawatan ke lokasi pameran dan jualan