Rabu, 7 Disember 2011

Lawatan Tapak Bagi Cadangan Menaiktaraf Bumbung Bangunan dan Kerja-Kerja Lain Yang Berkaitan Di Kompleks PKKMCJ (Reka dan Bina)

Larkin- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor dan Unit Pembangunan, Ibu Pejabat telah mengadakan satu sesi lawatan tapak bagi cadangan menaiktaraf bumbung bangunan dan kerja-kerja lain yang berkaitan di Kompleks Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (Rekan dan Bina) pada 5 Disember 2011 mulai jam 12 tengahari di sini. Seramai 8 orang kontraktor kelas 'E' dari Kuala Lumpur dan Johor telah hadir ke sini bagi tujuan tersebut. Sekian.

Program U Care 2011

Johor Bahru- Jabatan Senibina Landskap, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan program U Care 2011 yang meliputi pengisian aktiviti seperti ceramah, bengkel seni, pameran dan pertandingan bertemakan kesedaran isu alam sekitar. Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) telah dijemput untuk menjadi fasilitator dalam program tersebut pada 1 Disember yang lalu di Fakulti Alam Bina, UTM. Puan Zuraida Abd. Manap telah diberi tanggungjawab untuk menjadi fasilitator bagi mengupas topik yang bertajuk "Bahan Terbuang Daun Nanas - Menjana Ekonomi Dari Sumber Semulajadi" dan beliau dibantu oleh Encik Fazar Ivan Hidayat Zahari bagi aktiviti demonstrasi pembuatan serat nanas. Sekian.

Perbincangan Bagi Menaiktaraf Bumbung Bangunan & Kerja-Kerja Lain Yang Berkaitan di Kompleks PKKMCJ

Larkin- Kunjungan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Kraftangan Malaysia, Encik Ramli Mohd Noor, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Tuan Haji Mohd Mokhtar Lop Ahmad, Pengarah Bahagian Kewangan dan Pembangunan, Encik Bhasri Othman serta anggota kerja dari Unit Pembangunan ke premis Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) pada 1 Disember yang lalu bagi membincangkan cadangan menaiktaraf bumbung bangunan dan kerja-kerja lain yang berkaitan di Kompleks PKKMCJ (Reka dan Bina) mulai pukul 11.30 pagi. Di sebelah petang, mereka telah menghadiri satu mesyuarat penyelarasan bersama dengan pihak Uda Angsana Sdn. Bhd. di Plaza Angsana, Johor Bahru bagi membincangkan persiapan teknikal dan logistik sempena Promosi Kraf Malaysia Zon Selatan yang akan bermula pada 15 Disember 2011. Sekian.

Selasa, 6 Disember 2011

Sambutan Hari Kelahiran Anggota Kerja PKKMCJ (November - Disember)

Larkin- Kelab Sukan dan Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (KSKKMCJ) sekali lagi menganjurkan sambutan hari kelahiran bagi meraikan anggota kerja Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) yang lahir pada bulan November dan Disember. Sambutan ini bermula selepas berakhirnya majlis perpisahan diadakan pada 30 November yang lalu.

Antara anggota kerja PKKMCJ yang diraikan ialah:
  1. Mohd Rosdi Ibrahim (14 November)
  2. Mohd Aizat Shaharuddin (5 Disember)
  3. Fazar Ivan Hidayat Zahari (30 Disember)

Majlis Perpisahan Anggota Kerja PKKMCJ

Larkin- Kelab Sukan dan Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (KSKKMCJ) telah mengadakan satu majlis perpisahan bagi dua anggota kerja Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) yang sepatutnya melapor diri pada 20 Oktober 2011 di penempatan masing-masing iaitu Bahagian Rekaan, Ibu Pejabat dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu. Penangguhan mereka atas disebabkan :

  • Cik Saihazra Izreen Hamzah
    - Khidmat beliau diperlukan bagi membantu pelaksanaan program Promosi Kraf Malaysia, Plaza Angsana, Johor Bahru. Dijangka beliau akan melaporkan diri ke Bahagian Rekaan, Ibu Pejabat pada 3 Januari 2012.

  • Puan Asfaziha Ab. Karim
  • - Cuti Bersalin. Dijangka beliau akan melaporkan diri ke Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu pada 22 Disember 2011.
Sehubungan dengan itu, KSKKMCJ telah mengadakan majlis tersebut pada 30 November yang lalu bagi meraikan dua anggota kerja itu dengan suasana santai dan sederhana. Majlis itu telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Fairuss Ab. Samat dan bacaan doa telah disempurnakan oleh Encik Mohd Aizat Shaharuddin. Seterusnya, ucapan pendahuluan daripada Penasihat KSKKMCJ merangkap Pengarah PKKMCJ, Encik Nor Azmi Haji Ismail bagi menyampaikan amanat dan nasihat kepada dua anggota kerja yang terlibat agar mereka maju jaya di penempatan baru kelak. Penyampaian cenderahati telah disampaikan kepada mereka dan majlis perpisahan berakhir dengan tayangan video dipertontonkan. Sekian.

Khamis, 1 Disember 2011

Bengkel Batik Canting Asas

Kota Tinggi- Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dengan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) telah menjalinkan kerjasama bagi mengadakan Bengkel Batik Canting Asas yang bermula pada 25 hingga 29 November 2011 di Dewan Serbaguna, Kampung Mawai Baru, Kota Tinggi, Johor. Seramai 36 orang peserta dari Kampung Mawai Baru, Kampung Johor Lama, Kampung Sayang, Kampung Panchor dan Kampung Punggai telah menyertai program selama 5 hari itu berlangsung di sana.

Program kerjasama ini telah diadakan adalah bertujuan untuk meningkatkan sosio-ekonomi penduduk kampung bagi mempelajari asas batik canting dan rata-rata didapati bahawa mereka tidak mempunyai kemahiran dalam pembuatan tersebut. Lantas, mereka perlu bermula dari peringkat pertama dengan bantuan tenaga pengajar yang dilantik. Encik Mohd Rosdi Ibrahim, pengajar kraf PKKMCJ dan Encik Abdul Wahab Mustafa (Bujang) merupakan individu yang bertanggungjawab untuk membentuk serta melatih para peserta sehingga mereka menjadi separa mahir dalam pembuatan batik canting.

Kini, pihak KEJORA dan PKKMCJ masih di peringkat perbincangan bagi mengadakan Bengkel Susulan Batik Canting Asas dan sasaran kami adalah untuk mewujudkan kumpulan pembatik di Kota Tinggi dengan mempertahapkan kemahiran mereka ke peringkat mahir. Bengkel susulan ini dijangka akan diadakan pada bulan Januari 2012 dengan penglibatan seramai 19 orang dan mereka dipilih berdasarkan komitmen serta hasil kerja yang memuaskan dipamerkan. Sekian.

Rabu, 30 November 2011

Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS)

Kota Tinggi- Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Johor telah menganjurkan Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS)- Karnival Budaya JPMM Dun Johor Lama Sempena Sambutan Hari Keputeraan D.Y.M.M Sultan Johor Peringkat Daerah Kota Tinggi pada 19 hingga 20 November 2011 bertempat di Dataran Tun Seri Lanang, Kota Tinggi. Pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) telah dijemput untuk menyertai aktiviti pameran agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunkasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK) serta menjalankan aktiviti interaktif kraf mewarna batik canting di sana. Majlis ini telah disempurnakan oleh Y.B. Puan Hajah Asiah binti Md. Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor pada 20 November mulai pukul 9.00 malam.


Antara usahawan Johor yang terlibat dalam program PMS ialah:

Demonstrasi Kraf
  1. RSB Songket (Tenunan Songket)


  2. Koleksi IMM (Jahitan Tradisional Johor)

Jualan Kraf
  1. Wandarisnor Enterprise (Alat Muzik Tradisional)