Isnin, 19 September 2011

Sambutan Hari Kelahiran Anggota Kerja (September)

Johor Bahru- Selepas selesainya Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2011 pada pukul 3 petang, Kelab Sukan dan Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (KSKKMCJ) telah mengadakan jamuan makan sempena sambutan hari kelahiran salah seorang anggota kerja secara kejutan kepadanya. Beliau merupakan penolong akauntan PKKMCJ yang lahir pada bulan September dan orang yang diraikan adalah Cik Shaziela Mohd Shah. Pihak pengurusan ingin mengucapkan, "Selamat Hari Lahir. Semoga panjang umur, bertambah rezeki dan sentiasa dilindungi oleh Allah serta dimakbulkan segala doanya bagi mencapai cita-citanya selama ini. Amin...."

Jamuan Hari Raya Aidilfitri Kraftangan Malaysia Cawangan Johor

Johor Bahru- Kelab Sukan dan Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (KSKKMCJ) telah mengadakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2011 pada 15 September yang lalu mulai jam 10 pagi di perkarangan lobi utama premis Kraftangan Malaysia Cawangan Johor. Jamuan ini diadakan adalah bertujuan untuk merapatkan siraturrahim antara anggota kerja PKKMCJ bersama para usahawan kraf Johor dan pembekal di sini.

Alhamdulillah, segala yang dirancangkan oleh KSKKMCJ berakhir dengan sempurna. Pihak pengurusan ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang hadir bagi memeriahkan Jamuan Hari Raya Aidilfitri ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir Batin. Sekian.

Sabtu, 17 September 2011

Selamat Bercuti Puan Asfaziha

Johor Bahru- Pihak pengurusan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor ingin mengucapkan selamat bercuti kepada seorang anggota kerja yang sudah pulang ke Terengganu untuk bersalin anak pertamanya di sana. Puan Asfaziha Ab. Karim telah mula bercuti pada 13 September yang lalu dan akan kembali bertugas pada bulan Januari 2012. Hadiah cenderahati telah disampaikan oleh Biro Kebajikan Kelab Sukan dan Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (KSKKMCJ), Puan Hardiana Johar sempena kelahiran anak beliau nanti. Pihak kami mendoakan agar Puan Asfaziha selamat dan dipermudahkan sewaktu melahirkan cahayamatanya di sana. Amin..

Majlis Perhimpunan Perbarisan dan Perarakan Sambutan Kemerdekaan Ke-54 Tahun Peringkat Daerah Johor Bahru

Johor Bahru- Pejabat Daerah Johor Bahru telah mengadakan Majlis Perhimpunan Perbarisan dan Perarakan Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54 Tahun Peringkat Johor Bahru pada 11 September di Dataran Bandaraya, Johor Bahru. Majlis ini telah disempurnakan oleh Y.B. Tuan Haji Md. Jais b. Haji Sarday iaitu Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor. Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk dan menyemarakan semangat kemerdekaan kepada semua warga kerja jabatan/ agensi kerajaan serta NGO ke majlis perhimpunan tersebut. Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah menghantar lima anggota kerjanya dan mereka terdiri daripada:
  1. Encik Zulkifli Abd Hamid
  2. Encik Khairul Nizar Syah Abdul Jabar
  3. Encik Mohd Aizat Shaharuddin
  4. Cik Anjalia Raimin
  5. Cik Norhaslizaraf Ab. Rauf

Selasa, 13 September 2011

Konvoi Berhari Raya

Johor Bahru- Anggota kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) telah mengadakan sesi ekspedisi konvoi beramai-ramai ke lima buah rumah terbuka anggota kerja PKKMCJ yang bermula 10 September hingga 11 September 2011. Program ini sememangnya digalakkan dan diteruskan pada masa akan datang bagi mengeratkan siraturrahim antara semua anggota kerja PKKMCJ bersama keluarga masing-masing.


Antara rumah terbuka yang dikunjungi ialah:

10 September 2011 (Sabtu)

- Puan Ellanie Ahmad Izani



- Encik Fazar Ivan Hidayat Zahari



- Puan Hardiana Johar



11 September 2011 (Ahad)

- Puan Nurulniza Masuan



- Encik Zulkifli Abd Hamid

Isnin, 29 Ogos 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Salam Kemerdekaan


Pihak pengurusan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri (1432 hijrah / tahun 2011) dan Salam Kemerdekaan Malaysia yang ke-54 tahun (tahun 1957) kepada semua anggota kerja Kraftangan Malaysia, para usahawan kraf, jabatan/ agensi kerajaan di negeri Johor, pihak swasta dan NGO, para pembekal dan pengunjung-pengunjung blog kami yang dikasihi. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diberikan kepada mereka di atas sokongan, kerjasama dan pandangan yang membina bagi menjayakan program yang dianjurkan PKKMCJ sehingga kini.

Maaf Zahir Batin daripada Pengarah dan Semua Anggota Kerja PKKMCJ.

Perhimpunan Bulan Ogos 2011

Larkin- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah mengadakan perhimpunan bulanan pada 23 Ogos 2011 mulai jam 8.30 pagi di bilik latihan Kraftangan Malaysia. Perhimpunan yang dipengerusikan oleh Puan Hardiana Johar telah dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Cintai Warisan Kraf Malaysia. Kemudian, Encik Khairul Irwan Suhaidi Mansin telah membuka acara dengan bacaan doa beliau dan seterusnya ucapan bulanan oleh Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Johor, Encik Nor Azmi bin Haji Ismail kepada semua anggota kerja PKKMCJ. Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Kemerdekaan, Kelab Sukan dan Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah mengadakan sesi penyerahan saguhati kepada semua ahli jawatankuasa untuk menghargai jasa serta sumbangan mereka bagi menjayakan program-program yang dianjurkan oleh PKKMCJ dan KSKKMCJ.

Antaranya ialah:

SAGUHATI AHLI JAWATANKUASA KSKKMCJ

PENASIHAT

NOR AZMI B. HAJI ISMAIL

PENGERUSI

NAIB PENGERUSI

SAIHAZRA IZREEN BT. HAMZAH

KHAIRUL IRWAN SUHAIDI B. MANSIN

SETIAUSAHA

BENDAHARI

ANJALIA BT. RAIMIN

SHAZIELA BT. MOHD SHAH

BIRO SUKAN

BIRO KEBAJIKAN

MOHD FAIRUSS B. AB. SAMAT

HARDIANA BT. JOHAR

BIRO EKONOMI

BIRO AGAMA

ELLANIE BT. AHMAD IZANI

MOHD AIZAT B. SHAHARUDDIN

AHLI

AHLI

FAZAR IVAN HIDAYAT B. ZAHARI

NURULNIZA BT. MASUAN

AHLI

AHLI

MOHD ROSDI B. IBRAHIM

ASFAZIHA BT. AB. KARIM

AHLI

AHLI

ZULKIFLI B. ABD HAMID

KHAIRUL NIZAR SYAH B. ABDUL JABAR

AHLI

AHLI

NORHASLIZARAF BT. AB. RAUF

RAHAMAH BT. ABU BAKAR



Sementara itu juga, penyerahan saguhati turut diberikan kepada dua anggota kerja kontrak iaitu Puan Surif Taif dan Encik Sadikin Ngadin. Kemudiannya, sesi penyerahan cenderamata kepada pengarah di atas kelahiran cahayamata bongsunya pada 5 Ogos yang lalu dan seterusnya upacara penyerahan kad kelahiran kepada dua anggota kerja yang lahir pada bulan Jun iaitu Cik Norhaslizaraf Ab. Rauf dan Encik Khairul Nizar Syah Abdul Jabar sebagai penutup acara. Perhimpunan bulan Ogos telah bersurai pada pukul 9.30 pagi. Sekian.