Jumaat, 29 Julai 2011

Kunjungan Pelajar Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Alam 1

Larkin- Sekolah Kebangsaaan Bandar Seri Alam 1, Johor Bahru telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kraftangan Malaysia Cawangan Johor pada 21 Julai 2011 yang bermula pada pukul 9 pagi. Lawatan ini yang dihadiri seramai 42 orang pelajar dan 6 orang guru bertujuan untuk memberi pendedahan serta memupuk cintakan kraf tempatan supaya khazanah ini tidak ditinggalkan dari generasi kini dan seterusnya ke generasi akan datang.


Antara aktiviti yang dijalankan ialah:

- Pendidikan Kraf (Mewarna Batik)







- Lawatan ke Perkampungan Kraf (Alat Muzik Tradisional)




Jumaat, 22 Julai 2011

Gotong-Royong Sempena Bengkel Bimbingan Teknikal Produk Baru Jahitan Tradisional

Larkin- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah mengadakan aktiviti gotong-royong pada 19 Julai yang lalu sempena Bengkel Bimbingan Teknikal Produk Baru Jahitan Tradisional yang diadakan keesokkan harinya. Aktiviti yang bermula pada pukul 9 pagi hingga 4 petang telah menggerakkan semua anggota kerja untuk menjalankan persiapan tempat bagi proses gerak kerja dan perasmian di dalam premis Kraftangan Malaysia Cawangan Johor. Pihak pengurusan ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua anggota kerja PKKMCJ di atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan bagi menjayakan aktiviti gotong-royong ini. Semoga momentum sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang agar hubungan sebagai sebuah keluarga terjalin lebih erat dan mesra di setiap anggota kerja PKKMCJ. Sekian.

Barbeque Bersama Pelajar Latihan Jangka Pendek Anyaman Rotan

Segamat- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) telah dijemput untuk turut serta bagi menyertai aktiviti 'barbeque' yang dianjurkan oleh para peserta Latihan Jangka Pendek Anyaman Rotan bersama tenaga pengajar mereka di Perkampungan Orang Asli Ulu Juaseh, Segamat. Aktiviti yang bermula pada 3 petang itu, telah merapatkan hubungan antara anggota kerja PKKMCJ dengan para peserta dan pihak PKKMCJ ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakannya. Syabas diucapkan kepada para peserta dan pihak Kraftangan Malaysia berharap agar kelompok pelajar ini berjaya pada masa akan datang. Sekian.

Khamis, 21 Julai 2011

Majlis Penutup Latihan Jangka Pendek Anyaman Rotan

Segamat- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah mengadakan Majlis Penutup bagi program Latihan Jangka Pendek Anyaman Rotan pada 15 Julai yang lalu di Perkampungan Orang Asli Ulu Juaseh, Segamat. Majlis ini telah disempurnakan oleh Encik Nor Azmi bin Haji Ismail, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Johor. Majlis Penutup Latihan Jangka Pendek Anyaman Rotan juga turut dihadiri oleh Encik Azhar bin Tanda, Pengerusi JKKK Kampung Ulu Juaseh, Puan Suzila binti Baki, Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Daerah Segamat dan Puan Miskina binti Turat, Penyelia Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Segamat.

Penyerahan sijil penyertaan seramai 14 orang pelajar dan sijil penghargaan kepada 2 orang tenaga pengajar telah disampaikan oleh pengarah PKKMCJ. Cik Shima binti Simas telah dinobatkan sebagai pelajar terbaik bagi program tersebut setelah mutu kerja dan komitmen beliau diperakui oleh tenaga pengajar dan pihak pengurusan PKKMCJ. Kraftangan Malaysia berharap agar minat para pelajar ini tidak akan mati di separuh jalan dan menyeru mereka terus bergiat cergas dengan menggunakan sebaik-baiknya ilmu yang dipelajari bagi menjana ekonomi mereka di sana. Semoga kelompok pelajar ini aktif sebagai pemangkin pembangunan kraf SDSI Anyaman Rotan di Daerah Segamat. Sekian.

Antara nama pelajar-pelajar bagi program Latihan Jangka Pendek Anyaman Rotan adalah seperti berikut:
  1. Cik Shima binti Simas (Pelajar terbaik)
  2. Cik Ella bte Dagoh
  3. Cik Aishah binti Ahtat
  4. Cik Asmah bte Kangkong
  5. Cik Bunga binti Atan
  6. Cik Hafizah binti Mu
  7. Cik Idayu binti Suwing
  8. Cik Lia binti Mansor
  9. Cik Mimi binti Bujang
  10. Cik Noraini binti Bujang
  11. Cik Rossina binti Mamek
  12. Cik Sadiah binti Atan
  13. Cik Suria A/P Dagoh
  14. Cik Zainah binti Suwing

Persiapan Bagi Majlis Penutup Latihan Jangka Pendek Anyaman Rotan

Segamat- Unit Usahawan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah mengadakan persiapan bagi Majlis Penutup Latihan Jangka Pendek Anyaman Rotan di Perkampungan Orang Asli Ulu Juaseh, Segamat, Johor. Kerja-kerja persiapan telah dijalankan pada 13 Julai yang lalu yang dipimpini oleh Puan Hardiana Johar dan Cik Anjalia Raimin. Di samping itu juga, Puan Hardiana telah memberi sedikit penerangan berkenaan tentang situasi selepas tamatnya latihan jangka pendek dan beliau menggalakkan para peserta meneruskan usaha mereka untuk menjadi usahawan sokongan kepada kumpulan SDSI Anyaman Rotan Daerah Segamat.

Susulan daripada lawatan media dan siaran Berita Nasional RTM TV1 pada 10 Julai yang lalu, respon yang positif diterima di mana premis latihan telah dikunjungi oleh penduduk sekitar Segamat. Mereka bukan sahaja mengunjungi premis tersebut malah membeli dan menempah produk para peserta latihan untuk jualan di pasaran tempatan.


Kunjungan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri

Larkin- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah menerima kunjungan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri, Pasir Gudang pada 13 Julai yang lalu. Lawatan ini yang dihadiri seramai 40 orang pelajar dan 3 orang guru bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mereka secara dekat terhadap pembuatan kraftangan di sini.


Antara kunjungan mereka lawati ialah:
- Inkubator Kraf (Batik Canting)


- Perkampungan Kraf (Alat Muzik Tradisional)

Takziah... Al- Fatihah..

Tumpat- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah menerima satu lagi perkhabaran sedih tentang pemergian Nenda tercinta kepada salah seorang warga PKKMCJ iaitu Puan Ellanie binti Ahmad Izani, Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi di Unit Pasaran dan Promosi / Pemuliharaan Kraf yang telah kembali ke rahmatullah pada 17 Julai yang lalu. Allahyarhamah Hajah Jah binti Awang disahkan meninggal dunia pada pukul 9.35 pagi dan jenazah telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan.

Warga PKKMCJ ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang solehah. Al- Fatihah.