Jumaat, 31 Disember 2010

Selamat Tahun Baru 2011

Selamat Tinggal Tahun 2010...

Selamat Tahun Baru 2011...


Ikhlas,
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Cawangan Johor

Khamis, 23 Disember 2010

Lawatan IKRAM KIDS

Larkin- IKRAM KIDS dari Pertubuhan Dakwah IKRAM Malaysia Negeri Johor telah mengadakan lawatan kraf ke premis Kraftangan Malaysia Cawangan Johor pada 21 Disember 2010. Lawatan ini yang dihadiri seramai 70 orang pelajar dan 10 orang fasilator bertujuan untuk memberi pengenalan baru dan menarik minat pelajar-pelajar ini terhadap aktiviti kraftangan yang bergiat aktif di sini.


Antara aktiviti yang dijalankan ialah:

Inkubator Kraf
- Ukiran Kayu



- Tenunan Benang Serat Nanas



Pendidikan Kraf
- Mewarna Batik



Perkampungan Kraf
- Alat Muzik Tradisional

Selasa, 21 Disember 2010

PMS Sungai Rengit, Pengerang, Kota Tinggi

Kota Tinggi- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah menyertai Program Merakyatkan Seni (PMS) anjuran Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara Negeri Johor (JKKNNJ) pada 18 Disember 2010 di Sungai Rengit, Pengerang, Kota Tinggi, Johor. Program ini dirasmikan oleh Datuk Haji Harun Bin Abdullah iaitu Adun Tanjung Surat, Kota Tinggi, Johor.


Antara usahawan yang terlibat dalam program tersebut ialah:
  1. Koleksi IMM
  2. Wandarisnor Enterprise
  3. Titismas Enterprise
  4. BH Craft

Jumaat, 17 Disember 2010

Cahayamata Baru PKKMCJ


Larkin- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah menerima cahayamata kelima pada tahun ini iaitu Puan Hardiana Johar telah selamat melahirkan cahayamata lelaki. Bayi yang diberi nama Aqib Usyair Bin Aludin dilahirkan pada 15 Disember 2010 pada pukul 8.08 malam di Hospital Muar, Johor.

Pihak Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Hardiana dan suaminya kerana mereka memiliki putera kedua yang sihat dan comel. Pihak kami juga ingin mengucapkan selamat bercuti kepada beliau dan selamat kembali bertugas pada 15 Februari 2011 nanti.

Khamis, 16 Disember 2010

Lawatan Kumpulan Kaum Ibu, Taman Kota Masai, Pasir Gudang


Larkin- Kumpulan Kaum Ibu, Taman Kota Masai, Pasir Gudang bersama anak-anak mereka telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kraftangan Malaysia Cawangan Johor pada 15 November 2010 yang bermula pada pukul 9.30 pagi. Lawatan ini yang dihadiri seramai 53 orang peserta bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman baru kepada mereka terhadap pembuatan kraftangan di sini.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah:

Inkubator Kraf
- Tenunan Serat Nanas







Perkampungan Kraf
- Usahawan Alat Muzik Tradisional







Interaktif Kraf
- Mewarna Pasu Seramik



Rabu, 15 Disember 2010

Majlis Perpisahan Anggota Kerja PKKMCJ

Larkin- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) telah mengadakan Majlis Perpisahan Anggota Kerja PKKMCJ pada 14 Disember 2010 di sini. Majlis ini diadakan sebagai tanda terima kasih pihak kami kepada 2 orang anggota kerja yang akan berhijrah berkuatkuasa pada 3 Januari 2011 dan penamatan kontrak pengarah PKKM Cawangan Johor sehingga 31 Disember 2010.



Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa sebagai pembuka acara dan ucapan-ucapan oleh anggota yang diraikan sebelum pemberian hadiah dijalankan.








Antara 3 orang anggota kerja yang diraikan ialah:
  1. Ahmad Faudzi Md. Ghazali (Pengarah)- Ditamatkan perkhidmatan
  2. Ahmad Effiendie Ghazali (Pembantu Tadbir- p/o)- Berhijrah ke Bahagian Pasaran dan Promosi, Ibu Pejabat
  3. Mohd Shukri Mustafa (Pembantu Tadbir- p/o)- Berhijrah ke PKKM Cawangan Negeri Sembilan

Semoga Maju Jaya;


Bintang Barat Terbitan Petang;
Bintang Timur Terbitan Pagi;
Jika Tidak Melarat Panjang;
Ada Umur Ketemu Lagi.


Tulus Ikhlas,
Anggota Kerja PKKMCJ

Ahad, 12 Disember 2010

Selamat Pengantin Baru- Asfaziha & Faizal


Johor Bahru- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada salah seorang anggota kerja PKKMCJ iaitu Puan Asfaziha dan pasangannya, Encik Ahmad Faizal yang telah melangsungkan perkahwinan mereka di Bandar Baru Uda pada 11 Disember 2010 (Sabtu). Kenduri yang bermula pada pukul 12 tengahari di rumah pengantin perempuan dan majlis persandingan diadakan sekitar pada pukul 2 petang disambut dengan paluan kompang sebagai warisan adat perkahwinan orang Melayu.


Pihak kami ingin mengucapkan "Semoga pasangan ini berkekalan dan berbahagia ke akhir hayat. Segala liku-liku kehidupan akan ditempuhi bersama dengan penuh kesabaran dan keimanan. Semoga Puan Asfaziha menjadi seorang isteri yang solehah di samping suami tercinta."