Rabu, 24 November 2010

Cahayamata Baru PKKMCJ

Larkin- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah menerima cahayamata keempat pada tahun ini iaitu isteri Encik Ahmad Effieindie Ghazali telah selamat melahirkan cahayamata lelaki. Bayi yang diberi nama Ibhnue Bathutha Bin Ahmad Effieindie dilahirkan pada 12 November 2010 pada pukul 1.54 petang di Hospital Selayang, Selangor.

Pihak Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor ingin mengucapkan tahniah kepada En. Ahmad Effieindie dan isteri kerana mereka memiliki permata sulung yang sihat dan comel. Pihak kami juga ingin mengucapkan selamat bercuti kepada isterinya Pn. Siti Habsah Romlan yang bertugas di Bahagian Khidmat Pengurusan, Ibu Pejabat dan selamat kembali bertugas pada 12 Januari 2011 nanti.

Ahad, 21 November 2010

Daulat Tuanku- Hari Keputeraan Sultan Johor


Ikhlas,
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Cawangan Johor

Selasa, 16 November 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

Kepada:

Semua Anggota Kerja Kraftangan Malaysia & Pengunjung Blog

Isnin, 15 November 2010

Lawatan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Gelang Patah


Larkin- Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Gelang Patah, Johor Bahru telah mengunjungi ke Kraftangan Malaysia Cawangan Johor pada hari ini. Lawatan ini yang dihadiri seramai 40 orang pelajar dan 3 orang guru bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman baru kepada mereka terhadap pembuatan kraftangan di sini terutamanya kesenian orang Melayu. Antaranya ialah:


Galeri Warisan







Bilik Latihan Jangka Pendek (Tenunan Serat Nanas)







Inkubator Kraf
- Ukiran Kayu







Perkampungan Kraf
- Alat Muzik Tradisional



- Pembuatan Parang



Pusat Jualan Kraf

Khamis, 11 November 2010

Sambutan Hari Lahir Anggota Kerja (Oktober)


Larkin- Kelab Sukan dan Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (KSKKMCJ) telah mengadakan sambutan hari lahir bulan Oktober bagi anggota kerja pada 10 November 2010 iaitu selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan & Perancangan Cawangan Johor Bil 06/2010 diadakan.


Antara anggota kerja yang diraikan ialah:
  1. En. Ahmad Faudzi (3 Oktober)
  2. En. Ahmad Effieindie (29 Oktober)

Sambutan ini juga memperingati pemergian Allahyarham Wan Mohd Hazri iaitu bekas anggota kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Johor yang telah meninggal dunia pada 2 November 2009 semasa beliau berusia 26 tahun. Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah...


Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Perancangan Cawangan Bil 06/2010


Larkin- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Perancangan Cawangan Bil 06/2010 pada 10 November 2010. Mesyuarat ini dimulakan pada pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengahari di Bilik Mesyuarat Kraftangan Malaysia Cawangan Johor.



Antara agenda-agenda yang diperbincangkan di dalam mesyuarat tersebut ialah:

-Perutusan Pengerusi
-Pengesahan Minit Mesyuarat Pengurusan Bil 05/2010
-Perkara Berbangkit
-Laporan Prestasi Perbelanjaan
-Hal-Hal Lain
-Penutup

Rabu, 10 November 2010

Lawatan Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Alam ke PKKMCJ


Larkin- Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Alam, Masai telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kraftangan Malaysia Cawangan Johor pada 9 November 2010. Lawatan ini yang dihadiri seramai 81 orang pelajar dan 9 orang guru bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mereka secara dekat terhadap pembuatan kraftangan di sini.


Antara program yang dijalankan ialah:

Bilik Latihan Jangka Pendek (Tenunan Serat Nanas)







Inkubator Batik
- Pendidikan Kraf (Mewarna Batik)







Perkampungan Kraf
- Alat Muzik Tradisional







- Pembuatan Parang







Pusat Jualan Kraf