Khamis, 25 Julai 2013

BIMBINGAN TEKNIKAL SENJATA TRADISIONAL


KLUANG- JOHOR:
Pelaksanaan Bimbingan Teknikal Senjata Tradisioanal  telah bertempat di Bengkel Parangkraf, Kluang, Johor Bahru pada 13 hingga 17 Mei 2013 (5 hari)  
 
















KURSUS KRAFTANGAN ANYAMAN LEKAR (LIDI NIPAH) DENGAN KERJASAMA KEJORA



KURSUS KRAFTANGAN ANYAMAN LEKAR (LIDI NIPAH)

TARIKH         : 17hb - 19hb JUN 2013 (ISNIN-RABU)
MASA             : 9.00 pagi - 6.00 petang
TEMPAT        : DEWAN TERBUKA KG. BELUKAR DURIAN
BILANGAN PESERTA : 20 ORANG
PENGAJAR USAHAWAN KRAFTANGAN MALAYSIA : PUAN MAIMUN BT MOHAMMAD


Gambar 1: Bahan mentah - Lidi Nipah yang telah dibersihkan


Gambar 2,3,4 dan 5: Pengajar gigih memberi tunjuk ajar kepada peserta






Gambar 6: Produk contoh anyaman lekar

Gambar 7: Antara hasil produk dari anyaman lekar yang telah disiapkan sepanjang khusus ini





Gambar 8,9 dan 10 : Pemantauan dan Ucapan terima kasih dari Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Johor kepada para peserta dan Tenaga Pengajar


Sekalung tahniah juga buat KEJORA dan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor dalam merealisasikan aktiviti berbentuk kolaborasi antara agensi yang terlibat bagi memelihara seni kraftangan - Ayaman Lekar ini agar tidak terus ditelan zaman dan masih mempunyai nilainya yang tersendiri.


ihsan: Unit Usahawan PKKMCJ dan KEJORA

PROMOSI KRAF MALAYSIA 2013 ANGSANA JOHOR BAHRU MALL

JOHOR BAHRU - 24 MEI - 2 JUN 2013 ANGSANA JOHOR BAHRU MALLPenganjuran Promosi Kraf Malaysia 2013 di dalam pusat membeli-belah  Angsana Johor Bahru Mall merupakan kali ke-5 dan kali kedua diadakan dalam skala besar yang melibatkan seramai 76 orang usahawan kraf. Program promosi ini berkonsepkan ‘membawa produk kraf terus kepada pengguna’ secara terbuka, dan memberi penekanan kepada penyediaan aktiviti yang berasaskan kepada tiga komponen utama iaitu Dagangan Kraf, Pameran Produk Hiasan Dalaman dan Demontrasi Pembuatan Kraf.

Selama 11 hari program promosi dijalankan, dianggarkan seramai 150,000 ribu orang pengunjung setempat dan pelancong luar negara terutama warga Singapura telah datang berkunjung ke program promosi ini. Sambutan yang menggalakkan dari pengunjung memberi petunjuk bahawa penerimaan mereka terhadap produk kraf semakin mendapat perhatian.

Berikut adalah antara laporan bergambar sepanjang program berlangsung ;-


Booth usahawan diserang peminat aksesori kristal dan mutiara 


 Songket yang menjadi pilihan pengunjung dari Singapura


pengunjung diberi penerangan mengenai produk yang dijual


Demostrasi tulisan khat mendapat tempahan terus dari pengunjung


Lukisan hiasan henna juga mendapat sambutan dari pengunjung


Persembahan santai 'live band' yang menceriakan suasana


Persembahan tradisional ghazal juga telah menarik perhatian pengunjung


 Kelihatan pengunjung yang terpegun melihat persembahan tarian oleh artis budaya


Usahawan kraf bergambar kenangan bagi penyertaan mereka dalam
Promosi Kraf Malaysia 2013
Angsana Johor Bahru Mall


Selasa, 4 Jun 2013

LAWATAN KERJA PENGURUSAN TERTINGGI DAN PEGAWAI KANAN KRAFTANGAN MALAYSIA KE NEGERI JOHOR

JOHOR LAMA :  Pada 29 dan 30 Mei 2013, PKKM Cawangan Johor telah menerima kunjungan rasmi dari Pengurusan Tertinggi Dan Pegawai-pegawai Kanan Kraftangan Malaysia. Deligasi tersebut diketuai oleh Yang Berbahagia EncikMohd Kamil B. Mohd Ali serta diiringi TKP Operasi En. Ramli  Mohd Noor dan TKP Pembangunan, Tuan Haji Shahrudin Mohd.Nor.
                Seramai 30 orang deligasi turut serta di dalam lawatan kerja dua hari ini yang terdiri dari Pengarah dari semua bahagian ibupejabat. Tentatif program lawatan ini adalah bertujuan utuk melihat dan berinteraksi secara lansung dengan pengusaha dan juga menimba pengalaman merentasi sungai Johor serta mengenali asal usul pentadbiran Melayu lama di negeri Johor.
               
Hari pertama 29 Mei 2013, Khamis :

Ketibaan para tetamu di Kota Tinggi disambut dengan hidangan mkan tengahari di Restoran terkenal di daerah ini, RHD ( Restoran Haji Daud ). Deligasi disaji dengan menu masakan eksotik yang menjadi kegemaran penduduk tempatan. Antaranya adalah Belangkas Masak Sambal, Botok -Botok Ikan Campur, Siput Gonggong, Ayam Masak Lemak Hijau.

 
 Hidangan telah tersedia untuk tetamu dari Kuala Lumpur.

 Pengarah Cawangan Johor, En. Nor Azmi memastikan tetamu diberi perkhimatan terbaik setelah 4 jam perjalanan  .

 Tetamu menikmati hidangan yang disajikan.

En. Nor Azmi serta tetamu kehormat menikmati sajian negeri Johor.
 
Setelah selesai menikmati hidangan tengahari, para tetamu bersolat di Masjid Jamek Bandar Kota Tinggi. Sejurus selepas itu rombongan deligasi di  bawa ke Jeti Sungai Kota Tinggi yang terletak kurang 1 km dari masjid tersebut.
 
En.Mokhtar selaku pemandu senior Kraftangan memberikan perkhimatan terbaik membawa deligasi dengan selamat dan selesa.
 Deligasi bersiap sedia untuk menaiki bot river cruise Johor Lama.

 Tahap keselamatan diberi perhatian sepanjang aktiviti menyusuri Sungai Johor.
 
Tiba di Jeti Johor Lama para tetamu dibawa ke bengkel pembuatan parang oleh En. Tahir dan Syarikat Parangkraf.
 
Hari kedua 30 Mei 2013, Jumaat :
Para tetamu ke penempatan Orang Asli Kanaq Kampung Sg. Selangi, Mawai untuk LJP Anyaman Rotan.
Terima kasih kami ucapkan di atas kesudian tuan puan dalam lawatan ini. Semoga bertemu di lain masa dan ketika.
 
 

Jumaat, 3 Mei 2013

AKTIVITI BIMBINGAN TEKNIKAL ANYAMAN ROTAN DI KAMPUNG SUNGAI SELANGI, MAWAI , KOTA TINGGI, JOHOR

Mawai, Kota Tinggi : Unit usahawan, PKKM Cawangan telah menganjurkan aktiviti Bimbingan Teknikal (BT) Anyaman Rotan di Kampung Orang Asli Sungai Selangi, Mawai , Kota Tingi. Johor dengan jayanya. Sekalung ucapan terima kasih buat semua yang terlibat.

                             Anjuran    : Unit Usahawan, PKKM Cawangan Johor
                              Tempat   : Balai Raya Kampung Orang Asli Sungai Selangi,
                                           Mawai , Kota Tingi. Johor 
                              Tarikh    : 22 - 30  April 2013
                              Masa      :  9.00 pagi - 6.00 petang
                              Peserta   : 15 orang asli - Kaum Kanak


 Seramai 15 peserta bersama tenaga pengajar bergambar kenangan bersama sijil  penyertaan masing-masing

CORETAN SEPANJANG AKTIVITI BERLANGSUNG

 peserta tekun mendengar penerangan dari pihak urusetia

salah seorang peserta sedang menyiapkan hasil anyaman rotan

Tenaga pengajar - En Nan menunjukkan teknik ayaman rotan dengan betul




Lawatan YB ke tempat kami!





Isnin, 25 Mac 2013

Parangkraf merangkul tempat ke -2 dalam Pertandingan Produk Kraf Sempena Hari Kraf Kebangsaan 2013

 
Larkin: Hari Kraf Kebangsaan 2013 (HKK 2013) telah berakhir pada 11 Mac 2013 yang lalu  menghimpunkan seramai lebih 450 orang usahawan pelbagai bidang seperti tekstil, hasil rimba, seramik, hasil logam dan aneka kraf dari seluruh negara.

Sepanjang HKK2013, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan oleh Kraftangan Malaysia dan antaranya ialah Pertandingan Produk Kraf yang telah menobatkan usahawan dari Johor iaitu Parangkraf  merangkul tempat  kedua dalam pertandingan tersebut. 

Tahniah buat Encik Mohd Norizy Mokhtaf dengan hasil produk kraf beliau dari kami warga kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Johor. 

Semoga dengan pencapaian ini dapat menyuntik semangat kepada beliau dan semua usahawan Johor terutamanya dalam menghasilkan rekaan produk kraf yang lebih inovatif dan kreatif pada masa akan datang.
 
Tahniah buat En Mohd Norizy Mokhtaf, Parangkraf Johor
Hasil sentuhan kreatif dari Parangkraf