Isnin, 10 September 2012

Cahayamata Baru PKKMCJ 2012


Johor Bahru - Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah menerima berita gembira dengan kehadiran cahaya mata yang ketiga untuk tahun ini iaitu isteri kepada Encik Fazar Ivan Hidayat B. Zahari yang telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki sihat dan comel. Bayi yang diberi nama Muhammad Rayyan B. Fazar Ivan Hidayat dilahirkan pada 24 Ogos 2012 ( Jumaat ) pada pukul 4.20 pagi di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

 
Pihak Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor ingin mengucapkan tahniah kepada Encik Fazar Ivan Hidayat B. Zahari dan isteri. Semoga anda berdua akan terus berusaha meningkatkan lagi iltizam bekerja dengan kehadiran insan baru dalam hidup anda.

Selasa, 28 Ogos 2012

Jumaat, 6 Julai 2012

Lawatan Usahawan Kraf Johor Ke Kedah

KEDAH - Pada 24 - 26 Jun 2012 yang lalu, pihak kraftangan malaysia bersama 5 usahawan kraf dari negeri Johor telah menyertai program Pemadanan Usahawan Johor dan Kedah anjuran UPEN Johor. Program ini bertujuan memberi peluang usahawan dari Johor dan Kedah untuk menjalinkan hubungan dua hala dari segi peluang pemasaran, khitmat nasihat dalam penghasilan produk dan pembekalan bahan mentah. Program ini yang dijalankan di negeri Kedah telah menampakan hasil kerjasama yang memberangsangkan antara usahawan negeri Johor dan Kedah dimana mereka saling bertukar-tukar fikiran dan pendapat dalam memajukan perniagaan atau perusahaan masing-masing. Disamping itu, usahawan dari negeri Johor juga telah menyertai lawatan ke kilang-kilang usahawan negeri Kedah yang secara tidak langsung memberi mereka sedikit sebanyak pendedahan tentang perusahaan IKS negeri Kedah. Antara usahawan kraf negeri Johor yang terlibat menyertai program tersebut ialah Wandarisnor Enterprise, Warisan Gambus Enterprise, Warisan Gobek Enterprise, Terompah Mastor Enterprise dan Titis Mas Enterprise.


 
Lawatan ke kilang HR Manufacturing yang menghasilkan produk-produk berasaskan susu kambing.
 
Sedikit taklimat daripada pegawai HR marketing

penerangan ringkas dari pegawai kilang mengenai mesin pemprosesan

Para usahawan kraf dari negeri Johor bersama staff Kraftangan Malaysia negeri Kedah pada majlis makan malam yang turut dihadiri sama usahawan-usahawan IKS negeri Kedah.

Taklimat ringkas dari usahawan kraf mengenai produk kraf dari Johor kepada usahawan IKS negeri Kedah

Antara produk kraf dari Terompah Mastor Ent. yang dipamir dan mendapat perhatian para usahawan IKS Kedah.

Antara produk kraf lain yang turut dipamirkan

Sesi lawatan ke kilang yang menghasilkan makanan dan produk kesihatan berasaskan sunnah. 

Usahawan dari Johor turut berpeluang membeli produk-produk tersebut dengan harga kilang.


Khamis, 7 Jun 2012

Cahayamata Baru PKKMCJ 2012



Larkin- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah menerima cahayamata kedua pada tahun ini iaitu Puan Hardiana Binti Johar yang selamat melahirkan cahayamata lelaki pada 5 Jun 2012 yang lalu. Bayi yang seberat 3.45 kg telah diberi nama Azim Uwais Bin Aludin dilahirkan pada pukul 12.58 pagi di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor.

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Hardiana dan suaminya kerana mereka memiliki cahayamata ketiga yang sihat dan comel. Pihak kami juga ingin mengucapkan selamat bercuti kepada beliau dan selamat kembali bertugas di PKKM Cawangan Johor pada 4 Ogos 2012 nanti. Sekian.

Isnin, 21 Mei 2012

Bengkel Bimbingan Teknikal Fesyen Baju Kurung Dgn. Teknik Kemasan Jahitan Tradisional

Larkin-Johor Bahru : Pada 8 - 11 Mei 2012 yang lalu, telang berlangsung Bengkel Bimbingan Teknikal Fesyen Baju Kurung Dengan Teknik Kemasan Jahitan Tradisional, bertempat di Bengkel Jahitan SMKV Azizah. Bengkel yang berlangsung selama 4 hari tersebut melibatkan 8 orang usahawan jahitan dari sekitar Johor Bahru. Bengkel ini bertujuan untuk memantapkan lagi kemahiran dan kreativiti usahawan dalam rekaan fesyen tradisional juga sebagai persediaan menghadapi Promosi Kerja Kahwin dan Promosi Aidilfitri yang bakal dilangsungkan tidak lama lagi.
Sepanjang bengkel tersebut dijalankan, peserta diberi tunjuk ajar oleh Pn. Putri Khalijah mengenai teknik jahitan, kombinasi warna dan juga penyediaan baju mengikut kehendak pengguna masa kini. Para peserta juga sentiasa dipantau bagi memastikan sasaran kawalan mutu produk yang dihasilkan tercapai.



Para peserta sedang kusyuk menyiapkan tugasan yang diberi

Peserta diberi tunjuk ajar
Peserta di beri taklimat ringkas oleh Pn. Hardiana Johar, Ketua Unit Usahawan Kraftangann Johor.

Produk siap yang telah diperagakan

Hasil kerja tangan peserta

Hasil kerja tangan peserta

Antara hasil kerja tangan peserta
Sesi bergambar peserta bengkel bersama kakitangan Kraftangan Malaysia Caw. Johor

Isnin, 14 Mei 2012

Mesyuarat KSKKMCJ Serta Majlis Perpisahan

Larkin - Johor : Pada 9/5/2012 yang lalu, mesyuarat Kelab Sukan Dan Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (KSKKMCJ) telah diadakan. Antara perbincangan dalam mesyuarat tersebut ialah mengenai perancangan  biro-biro tentang aktiviti yang bakal dilakukan dalam tahun 2012. Kebanyakan biro-biro yang hadir masing-masing menyuarakan pendapat, cadangan dan idea dalam aktivi-aktiviti yang bakal dilakukan kelab. Antara perancangan yang dibincangkan ialah pertandingan sukan mingguan, lawatan hari keluarga, ceramah agama dan bacaan yasin, serta sumber ekonomi alternatif untuk kelab.

Dan ini diikuti dengan majlis perpisahan Cik Shaziela Bt. Mohd Shah. Beliau mula berhidmat bersama Kraftangan Malaysia pada 1.8.2009 dan tamat pada 11.5.2012. Beliau mendapat tawaran untuk menyambung perkhidmatan beliau dengan Jabatan Kastam Di Raja Malaysia. Kami pihak Kraftangan Malaysia cawangan Johor mengucapkan setinggi penghargaan atas khidmat bakti yang dicurahkan beliau selama ini. Semoga Cik Shaziela berbahagia dengan suasana kerja baru dan tidak melupakan kami disini.

Sekian.


Sesi perbincangan diantara pengerusi dan biro-biro bahagian.
Persembahan slide show mengenai perancangan KSKKMCJ pada tahun 2012
Ucapan perpisahan yang di sampaikan Cik Shaziela dengan ahli KSKKMCJ

Cik Shaziela tidak dapat menahan kesedihan

Sedikit cenderahati daripada pihak KSKKMCJ

Lawatan Bahagian Usahawan 14 April 2012

Kluang - Johor: Pada 12/4/2012 yang lalu, pihak Kraftangan Malaysia cawangan Johor telah mengadakan lawatan ke bengkel usahawan baru iaitu Parangkraf Sdn. Bhd. Rombongan kami terdiri daripada ketua unit bahagian usahawan iaitu Pn. Hardiana Johar beserta dua anak buahnya iaitu En. Mohd Aizat Shaharuddin dan Cik Anjalia Raimin. Sepanjang lawatan tersebut, En. Zainon yang merupakan tukang parang banyak menceritakan tentang pengalaman dan hasil-hasil kerja tangan beliau. Disamping itu, pada lawatan tersebut En. Zainon juga mamperlihatkan kehebatan beliau sebagai tukang parang dimana beliau berjaya menyiapkan sebilah parang bersama hulunya dalam tempoh masa kurang daripada 30 minit.

       Pada hari yang sama, kami juga membuat lawatan ke salah satu tempat usahawan seramik di daerah Ayer Hitam iaitu Art Pottery Sdn. Bhd. Usaha ini bersempena bagi mengetengahkan lagi daerah Ayer Hitam sebagai daerah industri seramik negeri Johor. Pada lawatan itu kami dapat melihat hasil-hasil kerja tangan usahawan tersebut.

Antara hasil kerja En. Zainon Parangkraf

Hulu-hulu parang yang disiapkan dalam tempoh kurang dari 30 minit.

Pandangan bengkel dari bahagian hadapan

En. Zainon sedang membuat demo pembuatan parang


Pandangan depan kilang seramik Art Pottery
Bersama salah seorang kakitangan Art Pottery iaitu Mrs. Yang
Antara produk-produk yang dihasilkan
lawatan ke ruang penyimpanan tanah liat
Produk-produk seramik yang telah siap untuk dipasarkan.