Selasa, 28 Ogos 2012
Jumaat, 6 Julai 2012
Lawatan Usahawan Kraf Johor Ke Kedah
KEDAH - Pada 24 - 26 Jun 2012 yang lalu, pihak kraftangan malaysia bersama 5 usahawan kraf dari negeri Johor telah menyertai program Pemadanan Usahawan Johor dan Kedah anjuran UPEN Johor. Program ini bertujuan memberi peluang usahawan dari Johor dan Kedah untuk menjalinkan hubungan dua hala dari segi peluang pemasaran, khitmat nasihat dalam penghasilan produk dan pembekalan bahan mentah. Program ini yang dijalankan di negeri Kedah telah menampakan hasil kerjasama yang memberangsangkan antara usahawan negeri Johor dan Kedah dimana mereka saling bertukar-tukar fikiran dan pendapat dalam memajukan perniagaan atau perusahaan masing-masing. Disamping itu, usahawan dari negeri Johor juga telah menyertai lawatan ke kilang-kilang usahawan negeri Kedah yang secara tidak langsung memberi mereka sedikit sebanyak pendedahan tentang perusahaan IKS negeri Kedah. Antara usahawan kraf negeri Johor yang terlibat menyertai program tersebut ialah Wandarisnor Enterprise, Warisan Gambus Enterprise, Warisan Gobek Enterprise, Terompah Mastor Enterprise dan Titis Mas Enterprise.
| Lawatan ke kilang HR Manufacturing yang menghasilkan produk-produk berasaskan susu kambing. |
| Sedikit taklimat daripada pegawai HR marketing |
| penerangan ringkas dari pegawai kilang mengenai mesin pemprosesan |
| Para usahawan kraf dari negeri Johor bersama staff Kraftangan Malaysia negeri Kedah pada majlis makan malam yang turut dihadiri sama usahawan-usahawan IKS negeri Kedah. |
| Taklimat ringkas dari usahawan kraf mengenai produk kraf dari Johor kepada usahawan IKS negeri Kedah |
| Antara produk kraf dari Terompah Mastor Ent. yang dipamir dan mendapat perhatian para usahawan IKS Kedah. |
| Antara produk kraf lain yang turut dipamirkan |
| Sesi lawatan ke kilang yang menghasilkan makanan dan produk kesihatan berasaskan sunnah. |
| Usahawan dari Johor turut berpeluang membeli produk-produk tersebut dengan harga kilang. |
Khamis, 7 Jun 2012
Cahayamata Baru PKKMCJ 2012
Larkin- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah menerima cahayamata kedua pada tahun ini iaitu Puan Hardiana Binti Johar yang selamat melahirkan cahayamata lelaki pada 5 Jun 2012 yang lalu. Bayi yang seberat 3.45 kg telah diberi nama Azim Uwais Bin Aludin dilahirkan pada pukul 12.58 pagi di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor.
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Hardiana dan suaminya kerana mereka memiliki cahayamata ketiga yang sihat dan comel. Pihak kami juga ingin mengucapkan selamat bercuti kepada beliau dan selamat kembali bertugas di PKKM Cawangan Johor pada 4 Ogos 2012 nanti. Sekian.
Isnin, 21 Mei 2012
Bengkel Bimbingan Teknikal Fesyen Baju Kurung Dgn. Teknik Kemasan Jahitan Tradisional
Larkin-Johor Bahru : Pada 8 - 11 Mei 2012 yang lalu, telang berlangsung Bengkel Bimbingan Teknikal Fesyen Baju Kurung Dengan Teknik Kemasan Jahitan Tradisional, bertempat di Bengkel Jahitan SMKV Azizah. Bengkel yang berlangsung selama 4 hari tersebut melibatkan 8 orang usahawan jahitan dari sekitar Johor Bahru. Bengkel ini bertujuan untuk memantapkan lagi kemahiran dan kreativiti usahawan dalam rekaan fesyen tradisional juga sebagai persediaan menghadapi Promosi Kerja Kahwin dan Promosi Aidilfitri yang bakal dilangsungkan tidak lama lagi.
Sepanjang bengkel tersebut dijalankan, peserta diberi tunjuk ajar oleh Pn. Putri Khalijah mengenai teknik jahitan, kombinasi warna dan juga penyediaan baju mengikut kehendak pengguna masa kini. Para peserta juga sentiasa dipantau bagi memastikan sasaran kawalan mutu produk yang dihasilkan tercapai.
| Para peserta sedang kusyuk menyiapkan tugasan yang diberi |
| Peserta diberi tunjuk ajar |
| Peserta di beri taklimat ringkas oleh Pn. Hardiana Johar, Ketua Unit Usahawan Kraftangann Johor. |
| Produk siap yang telah diperagakan |
| Hasil kerja tangan peserta |
| Hasil kerja tangan peserta |
| Antara hasil kerja tangan peserta |
| Sesi bergambar peserta bengkel bersama kakitangan Kraftangan Malaysia Caw. Johor |
Isnin, 14 Mei 2012
Mesyuarat KSKKMCJ Serta Majlis Perpisahan
Larkin - Johor : Pada 9/5/2012 yang lalu, mesyuarat Kelab Sukan Dan Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (KSKKMCJ) telah diadakan. Antara perbincangan dalam mesyuarat tersebut ialah mengenai perancangan biro-biro tentang aktiviti yang bakal dilakukan dalam tahun 2012. Kebanyakan biro-biro yang hadir masing-masing menyuarakan pendapat, cadangan dan idea dalam aktivi-aktiviti yang bakal dilakukan kelab. Antara perancangan yang dibincangkan ialah pertandingan sukan mingguan, lawatan hari keluarga, ceramah agama dan bacaan yasin, serta sumber ekonomi alternatif untuk kelab.
Dan ini diikuti dengan majlis perpisahan Cik Shaziela Bt. Mohd Shah. Beliau mula berhidmat bersama Kraftangan Malaysia pada 1.8.2009 dan tamat pada 11.5.2012. Beliau mendapat tawaran untuk menyambung perkhidmatan beliau dengan Jabatan Kastam Di Raja Malaysia. Kami pihak Kraftangan Malaysia cawangan Johor mengucapkan setinggi penghargaan atas khidmat bakti yang dicurahkan beliau selama ini. Semoga Cik Shaziela berbahagia dengan suasana kerja baru dan tidak melupakan kami disini.
Sekian.
| Sesi perbincangan diantara pengerusi dan biro-biro bahagian. |
| Persembahan slide show mengenai perancangan KSKKMCJ pada tahun 2012 |
| Ucapan perpisahan yang di sampaikan Cik Shaziela dengan ahli KSKKMCJ |
| Cik Shaziela tidak dapat menahan kesedihan |
| Sedikit cenderahati daripada pihak KSKKMCJ |
Lawatan Bahagian Usahawan 14 April 2012
Kluang - Johor: Pada 12/4/2012 yang lalu, pihak Kraftangan Malaysia cawangan Johor telah mengadakan lawatan ke bengkel usahawan baru iaitu Parangkraf Sdn. Bhd. Rombongan kami terdiri daripada ketua unit bahagian usahawan iaitu Pn. Hardiana Johar beserta dua anak buahnya iaitu En. Mohd Aizat Shaharuddin dan Cik Anjalia Raimin. Sepanjang lawatan tersebut, En. Zainon yang merupakan tukang parang banyak menceritakan tentang pengalaman dan hasil-hasil kerja tangan beliau. Disamping itu, pada lawatan tersebut En. Zainon juga mamperlihatkan kehebatan beliau sebagai tukang parang dimana beliau berjaya menyiapkan sebilah parang bersama hulunya dalam tempoh masa kurang daripada 30 minit.
Pada hari yang sama, kami juga membuat lawatan ke salah satu tempat usahawan seramik di daerah Ayer Hitam iaitu Art Pottery Sdn. Bhd. Usaha ini bersempena bagi mengetengahkan lagi daerah Ayer Hitam sebagai daerah industri seramik negeri Johor. Pada lawatan itu kami dapat melihat hasil-hasil kerja tangan usahawan tersebut.
Pada hari yang sama, kami juga membuat lawatan ke salah satu tempat usahawan seramik di daerah Ayer Hitam iaitu Art Pottery Sdn. Bhd. Usaha ini bersempena bagi mengetengahkan lagi daerah Ayer Hitam sebagai daerah industri seramik negeri Johor. Pada lawatan itu kami dapat melihat hasil-hasil kerja tangan usahawan tersebut.
| Antara hasil kerja En. Zainon Parangkraf |
| Hulu-hulu parang yang disiapkan dalam tempoh kurang dari 30 minit. |
| Pandangan bengkel dari bahagian hadapan |
| En. Zainon sedang membuat demo pembuatan parang |
| Pandangan depan kilang seramik Art Pottery |
| Bersama salah seorang kakitangan Art Pottery iaitu Mrs. Yang |
| Antara produk-produk yang dihasilkan |
| lawatan ke ruang penyimpanan tanah liat |
| Produk-produk seramik yang telah siap untuk dipasarkan. |
Khamis, 5 April 2012
Penaikan Taraf Bumbung Bangunan PKKMCJ
Larkin, Johor Bahru : Premis Kraftangan Malaysia Cawangan Johor bakal mengalami transformasi berikutan pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf struktur bumbung dan penyelenggaraan bangunan. Kerja-kerja telah bermula pada 13 Mac 2012 melibatkan penutupan premis Kraftangan Malaysia Cawangan Johor kepada lawatan pengunjung dan orang ramai dijangka siap sempurna pada akhir bulan Jun 2012.
Penutupan kawasan premis bertujuan untuk menjaga keselamatan orang awam dan melancarkan pergerakan kontraktor dilantik. Sehingga kini, notis pemberitahuan telah dipasang di pintu masuk utama premis dan tapak binaan telah diserahkan kepada kontraktor untuk kerja-kerja awalan.
Semoga dengan usaha yang dijalankan ini dapat mentransformasikan premis Kraftangan Malaysia Cawangan Johor ke arah penyediaan kemudahan prasarana berteraskan industri kraf dan mencapai kualiti perkhidmatan awam yang lebih dinamik selaras dengan aspirasi Kerajaan menjadikan 'kraf penjana ekonomi rakyat'
Salam perjuangan
PKKMCJ
Penutupan kawasan premis bertujuan untuk menjaga keselamatan orang awam dan melancarkan pergerakan kontraktor dilantik. Sehingga kini, notis pemberitahuan telah dipasang di pintu masuk utama premis dan tapak binaan telah diserahkan kepada kontraktor untuk kerja-kerja awalan.
Semoga dengan usaha yang dijalankan ini dapat mentransformasikan premis Kraftangan Malaysia Cawangan Johor ke arah penyediaan kemudahan prasarana berteraskan industri kraf dan mencapai kualiti perkhidmatan awam yang lebih dinamik selaras dengan aspirasi Kerajaan menjadikan 'kraf penjana ekonomi rakyat'
Salam perjuangan
PKKMCJ
Proses kerja mencabut atap genting dilakukan kontraktor secara berperingkat.
Pemasangan rangka besi diluar bangunan bagi memudahkan kerja-kerja membuka bumbung.
Langgan:
Catatan (Atom)

