Selasa, 8 November 2011

Taklimat Dan Lawatan Tapak Bagi Pembukaan Sebutharga Sempena Promosi Kraf Malaysia, Plaza Angsana

Larkin- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia telah mengadakan taklimat dan lawatan tapak bagi pembukaan sebutharga sempena Promosi Kraf Malaysia 2011, Plaza Angsana. Taklimat dan lawatan tersebut telah diadakan pada 31 Oktober yang lalu bertempat di bilik mesyuarat PKKMCJ (taklimat) dan Padang A, Plaza Angsana (lawatan) yang sertai oleh para kontraktor yang dipelawa untuk hadir bagi kedua-dua sesi itu.

Antara pelawaan sebutharga yang dijalankan ialah:
  • Perkhidmatan Menyewa, Memasang Dan Mengendalikan Peralatan Khemah Sempena Promosi Kraf Malaysia di Padang "A" Plaza Angsana, Johor Bahru Dari 10 hingga 26 Disember 2011 (PKKM/BKP/S/35/2011);
  • Cadangan Kerja-Kerja Menyewa, Memasang Dan Mentauliah Sistem Penghawa Dingin Serta Papan Suis Agihan Termasuk Kerja-Kerja Berkaitan Sempena Promosi Kraf Malaysia di Padang "A" Plaza Angsana, Johor Bahru Dari 15 hingga 25 Disember 2011 (PKKM/UP/S/36/2011); dan
  • Cadangan Kerja-Kerja Menyewa, Memasang Dan Mentauliah Sistem Bekalan Elektrik Serta Papan Suis Agihan Termasuk Kerja-Kerja Sempena Promosi Kraf Malaysia di Padang "A" Plaza Angsana, Johor Bahru Dari 10 hingga 26 Disember 2011 (PKKM/UP/S/37/2011).


Anggota kerja yang terlibat dalam taklimat dan lawatan tapak bagi pembukaan sebutharga terdiri daripada:

IBU PEJABAT
  • Encik Bhasri bin Othman (Pengarah, Bahagian Kewangan & Pengurusan);
  • Tuan Haji Mokhtar bin Lop Ahmad (Pengarah, Bahagian Khidmat Pengurusan);
  • Encik Mohd Ridzwan bin Misran;
  • Encik Rosman bin Manan;
  • Encik Samion bin Mahat; dan
  • Encik Mohd Zuber bin Othman.

KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN JOHOR
  • Encik Nor Azmi bin Haji Ismail (Pengarah);
  • Cik Saihazra Izreen binti Hamzah (Timbalan Pengarah);
  • Puan Nurulniza binti Masuan;
  • Puan Ellanie binti Ahmad Izani;
  • Encik Fazar Ivan Hidayat bin Zahari; dan
  • Encik Khairul Irwan Suhaidi bin Mansin.

Pertandingan Gasing Pangkah Kebangsaan Terbuka Johor 2011

Kota Tinggi- Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara, Johor (JKKN) telah menganjurkan Pertandingan Gasing Pangkah Kebangsaan Terbuka Johor 2011 yang bermula pada 28 hingga 30 Oktober 2011 di Laman Gasing, Kampung Makam, Kota Tinggi, Johor. Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) telah dijemput hadir bagi pertandingan akhir antara Selangor dan Melaka yang telah dirasmikan oleh Y.B. Puan Hajah Asiah binti Md. Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor. Pertandingan tersebut telah dimenangi oleh pasukan Selangor dengan kiraan mata lima berbalas kosong.


Antara pasukan yang menyertai Pertandingan Gasing Pangkah Kebangsaan Terbuka Johor 2011 ialah:
  • Selangor - Juara
  • Melaka - Naib Juara
  • Sri Ledang (Johor) - Ketiga
  • Singapura - Keempat
  • Tenang (Johor)
  • Sri Gading (Johor)
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Brunei 'A'
  • Brunei 'B'

Khamis, 27 Oktober 2011

Tadika Q-Dees Mengunjungi Premis PKKMCJ

Johor Bahru- Seramai 14 kanak-kanak berusia 2 hingga 3 tahun yang diiringi lima guru dari Tadika Q-Dees, Johor Bahru telah mengunjungi premis Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) pada 21 Oktober 2011 mulai jam 10.30 pagi. Kanak-kanak ini telah didedahkan dengan pengisian aktiviti seperti interaktif kraf (mewarna batik) dan melawat ke perkampungan kraf bagi melihat pembuatan alat muzik tradisional di sini. Program sebegini sememangnya sesuai untuk mendidik, mengasuh dan melatih rohani mereka dengan pendedahan kraf kepada mereka. Malah, pendidikan seni ini dapat membentuk dunia kanak-kanak untuk menghayati dan melahirkan kreativiti bagi mencapai kesempurnaan pembesaran mereka. Sekian.

Rabu, 26 Oktober 2011

Kunjungan SMK Ulu Tiram

Johor Bahru- Seramai empat puluh pelajar dan empat guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Tiram, Johor telah mengunjungi premis Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) pada 21 Oktober 2011 mulai jam 9.30 pagi. Program lawatan ini dijalankan adalah bertujuan untuk mendidik dan memberi maklumat kepada para pelajar bagi mengenal proses pembuatan kraftangan yang terdapat di sini.

Antaranya:

Operasi Batik (Bengkel Inkubator Batik Canting)



Alat Muzik Tradisional (Perkampungan Kraf)

Selasa, 25 Oktober 2011

Lawatan SMK Taman Universiti 2

Larkin- Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti 2, Skudai, Johor Bahru telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) pada 20 Oktober 2011 yang bermula jam 10 pagi. Lawatan ini yang dihadiri seramai 21 orang pelajar dan 4 orang guru adalah bertujuan untuk memberi pendedahan ilmu dan maklumat kepada mereka berkaitan dengan proses pembuatan kraftangan di sini.


Antara program yang dijalankan ialah:

Demonstrasi Tenunan Serat Nanas






Inkubator (Batik Canting)


Perkampungan Kraf (Alat Muzik Tradisional)

Isnin, 24 Oktober 2011

Lawatan SMK Taman Daya 2, Johor Bahru

Johor Bahru- Seramai 80 pelajar tingkatan tiga dan enam guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya 2, Johor Bahru telah mengadakan lawatan berpandu ke premis Kraftangan Malaysia Cawangan Johor pada 18 Oktober 2011 mulai jam 9 pagi. Program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi ruang kepada para pelajar yang baru selesai menghadapi Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 yang berakhir 11 Oktober yang lalu bagi merasai pengalaman baru tentang pembuatan kraf serta aktiviti riadah yang disediakan oleh pihak PKKMCJ.


Antaranya ialah:

Interaktif Kraf (Mewarna Batik Canting)



Target Shooting (Paintball)



Perlawanan Persahabatan (Guru vs Pelajar)







- Pasukan Paintball (Guru)



- Pasukan Paintball (Pelajar)


Sabtu, 22 Oktober 2011

Lawatan Tapak Bagi Cadangan Pembinaan Bengkel Usahawan Kraf (Syarikat Anugerah Kraf)

Pontian- Satu sesi lawatan tapak serta pelawaan sebutharga telah dijalankan oleh Kraftangan Malaysia Cawangan Johor bagi cadangan pembinaan bengkel kraf jenis terbuka berukuran 20 kaki x 30 kaki di Benut, Pontian, Johor pada 17 Oktober yang lalu. Seramai empat orang kontraktor sekitar Benut telah menghadiri sesi lawatan tersebut. Cadangan pembinaan bengkel untuk Tetuan Roslan B. Idris dari syarikat Anugerah Kraf telah diterangkan secara terperinci oleh Juruteknik PKKMCJ, Encik Khairul Irwan Suhaidi b. Mansin tentang pecahan kerja-kerja yang akan dilaksanakan. Sesi lawatan tapak dan pelawaan sebutharga berakhir jam 10.30 pagi. Sekian.