Selasa, 11 Oktober 2011

Lawatan Pengarah PKKMCJ ke Kota Tinggi dan Mersing

Johor Bahru- Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah mengadakan sesi lawatan ke premis usahawan kraf di Kota Tinggi dan Mersing yang bermula pada 26 September hingga 27 September 2011. Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk memantau aktiviti terkini usahawan kraf sama ada di bawah projek atau usahawan bebas yang beroperasi di premis masing-masing. Seramai dua anggota kerja dari Unit Rekaan dan Teknikal mengiringi Pengarah semasa lawatan tersebut dijalankan. Antaranya ialah Encik Fazar Ivan Hidayat b. Zahari (Ketua Unit) dan Encik Mohd Rosdi b. Ibrahim (Pengajar Kraf).

26 September 2011
  • Syarikat Koleksi IMM (SDSI Jahitan Tradisional, Kota Tinggi)
  • Rasidah RSBC (Usahawan Bebas - Tenunan Songket, Kota Tinggi)
  • Sinar Logam Craft Enterprise (Usahawan Mikro IKS - Aksesori Logam, Mersing)

27 September 2011
  • Zul Kraf Purba (Kraf Warisan & Orang Asli - Keris Tradisional / Parang, Mersing)
  • Rashid Batik (Usahawan Bebas - Batik Canting, Mersing)

Sabtu, 1 Oktober 2011

Pekeliling Pertukaran / Penempatan Bilangan 05 Tahun 2011

Kuala Lumpur- Pihak pengurusan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia telah mengeluarkan satu Pekeliling Pertukaran / Penempatan Bilangan 05 tahun 2011 mengenai pertukaran / penempatan pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional (P&P) dan anggota kerja Kumpulan Sokongan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Urusan Kakitangan Bilangan 02 Tahun 2011 bertarikh 15 September 2011. Tarikh kuat kuasa bagi penempatan baru adalah 20 Oktober 2011 (Khamis). Pihak PKKMCJ ingin mengucapkan "Selamat Maju Jaya" kepada dua orang anggotanya yang akan berhijrah ke dunia baru dan "Selamat Datang" kepada anggota kerja baru yang akan berkhidmat di bumi Johor ini.


Antara anggota kerja yang terlibat ialah:

SELAMAT MAJU JAYA

SAIHAZRA IZREEN HAMZAH

(TIMBALAN PENGARAH)

PENEMPATAN BARU :

BAHAGIAN REKAAN,

IBU PEJABAT

ASFAZIHA AB. KARIM

(PENGAJAR KRAF)

PENEMPATAN BARU :

KRAFTANGAN MALAYSIA

CAWANGAN TERENGGANU

SELAMAT DATANG

ZURAIDA ABD. MANAP

(PEREKA)

PENEMPATAN BARU :

KRAFTANGAN MALAYSIA

CAWANGAN JOHOR

Jumaat, 30 September 2011

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1432H (KPKK Negeri Johor)

Johor Bahru- Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Negeri Johor telah dilantik sebagai tuan rumah bagi Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1432 H Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Negeri Johor pada 28 September 2011 mulai jam 8 malam. Majlis ini telah diserikan dengan persembahan kebudayaan, persembahan artis Nassier Wahab bersama kombo RTM, Karaoke Jabatan dan Agensi KPKK, cabutan bertuah, serta pertandingan gerai makanan tercantik.

Antara jabatan dan agensi KPKK Negeri Johor yang terlibat ialah:
  1. Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Johor (Urus Setia)
  2. Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Johor - RTM (Urus Setia)
  3. Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor - PKKM
  4. Jabatan Hal Ehwal Khas - JASA
  5. Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara Negeri Johor - JKKN
  6. Arkib Negara Malaysia Cawangan Johor/ Negeri Sembilan/ Melaka
  7. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Wilayah Selatan - SKMM
  8. Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia Wilayah Selatan - FINAS
  9. BERNAMA Johor
  10. Telekom Malaysia Berhad Negeri Johor

PEMENANG CABUTAN BERTUAH

(ANGGOTA KERJA PKKMCJ)

KHAIRUL IRWAN SUHAIDI B. MANSIN

SHAZIELA BT. MOHD SHAH

MOHD FAIRUSS B. AB. SAMAT

SAIHAZRA IZREEN BT. HAMZAH

Khamis, 29 September 2011

Program Semarak Johor Dun Mahkota 2011

Kluang- Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Negeri Johor telah mengadakan program Semarak Johor Dun Mahkota 2011 pada 23 hingga 25 September 2011 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seri Kluang, Johor. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Y.B. Tuan Haji Md. Jais b. Haji Sarday iaitu Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor pada 24 September mulai jam 8 malam. Program kemasyarakatan ini telah dilaksanakan bertujuan untuk mewujudkan kesedaran sivik, semangat kenegaraan dan jati diri sebagai masyarakat bermaklumat dengan semangat gagasan 1 Malaysia. Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah menyertai program ini dengan mengadakan demonstrasi dan interaktif kraf mencanting batik serta penyertaan jualan daripada usahawan kraf Johor iaitu:
  1. Mutiara Ceramic
  2. Titismas Enterprise

Rabu, 28 September 2011

Mesyuarat Kerja & Latihan Pemurnian / Intensif Modul / Submodul Data Asas HRMIS (Zon Tengah & Selatan)

Melaka- Unit HRMIS, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia telah menganjurkan Mesyuarat Kerja & Latihan Pemurnian / Intensif Modul / Submodul Data Asas Sistem Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) Bagi Jabatan dan Agensi (Zon Tengah & Selatan) yang bermula pada 20 September hingga 22 September 2011 di The Emperor Hotel, Melaka. Seramai dua orang anggota kerja PKKMCJ menghadiri bengkel ini terdiri daripada Puan Nurulniza Masuan dan Cik Norhaslizaraf Ab. Rauf.

Objektif bengkel diadakan adalah bertujuan untuk:
  1. Bengkel ini merangkumi sesi taklimat bagi Submodul Pengurusan Rekod Peribadi, Pengurusan Cuti, SKT / LNPT dan Perisytiharan Harta serta beberapa penggunaan modul / submodul HRMIS yang lain;
  2. Membuka ruang perbincangan mengenai isu-isu pelaksanaan HRMIS di Jabatan dan Agensi KPKK; dan
  3. Dapat meningkatkan pemahaman dan perkongsian idea di kalangan warga KPKK.

Selasa, 27 September 2011

Takziah..

Kluang- Pengusaha dari syarikat Palldolls Fashion Creation Sdn. Bhd. di bawah program Usahawan Mikro, Kecil dan Sederhana negeri Johor telah disahkan meninggal dunia pada 8 September 2011 jam 12.14 tengahari. Mendiang Kanapathipillai A/L K.Sinnadurai meninggal dunia di Hospital Kluang atas disebabkan 'Cerebrovascular Accident' dan pihak PKKMCJ telah menziarahi keluarga mendiang pada 21 September yang lalu selepas lawatan kerja pemantauan bekas peserta Latihan Jangka Pendek Anyaman Rotan di Kampung Ulu Juaseh. Pihak PKKMCJ ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang dan pemergian beliau amatlah dirasai. Sekian.

Lawatan Kerja Bagi Pemantauan Bekas Pelatih LJP Anyaman Rotan Kg. Ulu Juaseh

Segamat- Satu sesi lawatan kerja bagi pemantauan bekas pelatih Latihan Jangka Pendek (LJP) Anyaman Rotan telah dijalankan oleh anggota kerja Unit Usahawan PKKMCJ yang diketuai oleh Timbalan Pengarah, Cik Saihazra Izreen Hamzah. Lawatan yang dijalankan pada 21 September lalu bertujuan untuk memantau aktiviti para peserta setelah tamatnya latihan tersebut serta meneliti semula isu dan masalah yang dibangkitkan semasa pertemuan itu berlangsung. Puan Hardiana Johar dan Encik Mohd Aizat Shaharuddin telah melaksanakan tugasan mereka dengan jayanya setelah lima orang peserta latihan bersetuju untuk mendaftar sebagai usahawan baru bagi sokongan projek SDSI Anyaman Rotan Daerah Segamat yang diterajui oleh syarikat Gemilang Kraf.

Antaranya ialah:
  1. Ella Dagoh
  2. Shima Simas
  3. Mimi Bujang
  4. Noraini Bujang
  5. Zainah Suwing

PKKMCJ akan mewujudkan kerjasama antara Unit Usahawan dengan Unit Rekaan dan Teknikal bagi menghasilkan rekaan-rekaan baru untuk disalurkan kepada mereka. Lima peserta latihan ini telah bersetuju untuk bergerak secara individu dan sasaran mereka adalah penglibatan diri dalam promosi Hari Kraf Kebangsaan 2012 sebagai percubaan pertama mereka selepas berakhirnya LJP dua bulan yang lalu. Semoga dengan pertemuan anggota kerja PKKMCJ bersama mereka akan mengeratkan perhubungan korporat bagi pembangunan industri anyaman rotan di negeri Johor. Sekian.