Ahad, 18 Julai 2010

Bengkel Rekabentuk & Pengeluaran Perabot Kayu 2010



Temerloh- Bengkel Rekabentuk & Pengeluaran Perabot Kayu 2010 telah dianjurkan oleh Unit Hasil Rimba, Bahagian Rekaan Ibu Pejabat di Pusat Inkubator Kraf Temerloh, Pahang mulai 12 Julai 2010 sehingga 15 Julai 2010. Bengkel ini dirasmikan oleh Pengarah PKKM Cawangan Pahang, En. Mohd Zubair Mohd Zain mulai pukul 10 pagi pada hari terakhir program dan acara penutupan majlis dijalankan pada hari yang sama.


Program yang berlangsung selama 4 hari ini telah melibatkan 2 anggota kerja PKKM Cawangan Johor dan seorang usahawan inkubator dan mereka adalah:
  1. Fazar Ivan Hidayat B. Zahari (Pereka)
  2. Khairul Nizar Syah B. Abdul Jabar (Pengajar Kraf)
  3. BH Craft (Usahawan Inkubator)

Antara gambar yang menarik semasa program ini dijalankan:

Hari Pertama







Hari Kedua








Hari Ketiga



Rabu, 14 Julai 2010

Hari Bertemu Pelanggan 2010

Larkin- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah mengadakan sesi Hari Bertemu Pelanggan di pejabat sini pada 12 Julai 2010. Program ini juga diadakan serentak di peringkat ibu pejabat dan cawangan negeri Kraftangan Malaysia bagi memberi peluang kepada usahawan kraf iaitu pelanggan Kraftangan Malaysia untuk bersua muka secara telus dengan pihak pengurusan bagi menangani masalah usahawan. Taklimat dimulakan oleh Pengarah cawangan iaitu En. Ahmad Faudzi bin Md. Ghazali dengan memberi penerangan dan maklumat tentang organisasi itu sendiri agar mereka faham dan jelas terhadap konsep pengurusan Kraftangan Malaysia.

Antara aktiviti dijalankan ialah:
1) Jualan produk kraf Johor


2) Demonstrasi:

- Mencanting Batik
- Gambus
- Kuda Kepang
- Parang
- Serat Nenas
- Kompang
- Tenunan Serat Nenas



3) Pendidikan Kraf Mewarna Batik dan Pameran Galeri Warisan.

Lawatan dari:
- Sek. Men. Keb. Tmn. Johor Jaya 2
- Sek. Ren. Keb. Tasik Utara
- Persatuan PUSPANITA, KWSP

















Pelancaran Program Semarak Johor


Muar- Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) telah menganjurkan satu pelancaran sempena Program Semarak Johor yang dirasmikan oleh Y.B. Tuan Jais bin Sarday iaitu Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor (EXCO Penerangan). Program ini berlangsung pada 9 Julai 2010 hingga 11 Julai 2010 mulai 8.00 pagi hingga 6.00 petang di Dataran Dewan Serbaguna Bukit Gambir, Ledang, Johor.


Antara penyertaan bagi pameran jualan dan demonstrasi seperti:
- Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)
- Jabatan dan agensi di bawah Kementeriaan Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) di Negeri Johor
- Jabatan Kesihatan Negeri Johor
- Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor
- Jabatan Penjara Malaysia Negeri Johor
- Suruhanjaya Pilihan Raya
- Sekolah Pendidikan Khas Muar
- Lembaga Tabung Haji
- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan

The 7th JB Art Festival 2010

Johor Bahru- The Johor Society For The Performing Art telah menganjurkan 'The 7th JB Art Festival 2010 di Bukit Timbalan, Johor Bahru. Seramai 2 orang usahawan di bawah Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah menyertai festival tersebut menerusi aktiviti jualan dan demonstrasi mencanting batik mulai 9 Julai 2010 sehingga 11 Julai 2010.


Antara penganjur program bersama:

Khamis, 8 Julai 2010

Aktiviti Gotong-Royong (Bulan Julai)



Larkin, 8 Jun- Hari ini satu aktiviti gotong-royong bagi bulan Julai telah dijalankan di kawasan sekitar pejabat Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor sempena persiapan tempat bagi Program Hari Bertemu Pelanggan yang akan diadakan pada 12 Julai 2010 (isnin).



Semua anggota kerja PKKM Cawangan Johor, peserta latihan jangka pendek dan inkubator telah melaksanakan sepertimana yang diarahkan. Semoga aktiviti bulanan ini dapat mengeratkan lagi hubungan perpaduan kekeluargaan antara anggota kerja, peserta latihan jangka pendek dan inkubator serta secara langsungnya ia membantu mencantikkan landskap persekitaran pejabat.


Rabu, 7 Julai 2010

Festival Kraf & SDSI Peringkat Negeri Johor

Johor Bahru- Festival Kraf dan SDSI Peringkat Negeri Johor telah berlangsung pada 2 Julai 2010 hingga 4 Julai 2010 di Plaza Angsana, Johor Bahru mulai pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Program ini telah dirasmikan oleh Y.B. Datuk Haji Maulizan bin Bujang iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri Johor.


Kraftangan Malaysia Cawangan Johor merupakan salah satu agensi kerajaan yang menganjur program tersebut bersama dengan kerajaan negeri iaitu Pembangunan Usahawan Johor Bahru (PUJB) dan Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Johor (MPUNJ).





Festival yang berlangsung selama 3 hari dengan penyertaan usahawan kraftangan seramai 26 orang di seluruh Negeri Johor terdiri daripada kraf bidang tekstil, hasil rimba, logam dan aneka. Persembahan alat muzik anglong dan kompang dijalankan bagi memeriahkan lagi suasana program tersebut.


Namun, program ini bukan sahaja tertumpu pada jualan kraf akan tetapi demontrasi juga dijalankan seperti:
1) Demonstrasi Batik
2) Demonstrasi Pembuatan Gambus
3) Demonstrasi Pembuatan Anglong
4) Demonstrasi Kuda Kepang
5) Demonstrasi Layang-Layang
6) Demonstrasi Tenunan Serat Nenas

Semarak Pengistiharaan MPPG- Menara Aqobah, Pasir Gudang



Pasir Gudang- Y.A.B. Dato' Abdul Ghani bin Othman iaitu Menteri Besar Negeri Johor telah hadir untuk merasmikan program pengistiharaan Majlis Perbandaran Pasir Gudang di Menara Aqobah, Pasir Gudang pada 30 Jun 2010 mulai pukul 8.30 malam sehingga 12.00 tengahari. Perasmian dimulakan dengan acara kebudayaan Negeri Johor dan diakhiri dengan persembahan bunga api.


Seramai 14 usahawan kraf telah menyertai program tersebut bagi promosi jualan mulai 26 Jun 2010 sehingga 4 Julai 2010. Usahawan yang terlibat terdiri dari Negeri Johor, Selangor, Sabah, Kelantan dan Terengganu. Antara jualan kraf khususnya bidang tekstil, hasil rimba, seramik, logam dan aneka.