Isnin, 16 Ogos 2010

Pembinaan Tiang Bendera Baru


Larkin- PKKM Cawangan Johor telah membina tiang bendera baru sebanyak 3 unit sempena dengan Hari Karnival Mini Kraftangan 2010 dan menyambut Hari Kemerdekaan yang akan tiba.


Kerja-kerja ini dimulakan pada 4 Ogos sehingga 5 Ogos iaitu 2 hari sebelum berlangsungnya Hari Karnival Mini tersebut. Kerja pembinaan tiang-tiang itu dijalankan di bengkel inkubator kraf dan ia didirikan di hadapan bangunan oleh anggota kerja PKKM Cawangan Johor.

Pembinaan tiang bendera ini sebagai satu usaha inisiatif pihak cawangan sendiri untuk menaiktaraf persekitaran pejabat dan imej PKKM Cawangan Johor yang mula dikenali oleh pelancong dan pengunjung tempatan.