Khamis, 25 Julai 2013

PROMOSI KRAF MALAYSIA 2013 ANGSANA JOHOR BAHRU MALL

JOHOR BAHRU - 24 MEI - 2 JUN 2013 ANGSANA JOHOR BAHRU MALLPenganjuran Promosi Kraf Malaysia 2013 di dalam pusat membeli-belah  Angsana Johor Bahru Mall merupakan kali ke-5 dan kali kedua diadakan dalam skala besar yang melibatkan seramai 76 orang usahawan kraf. Program promosi ini berkonsepkan ‘membawa produk kraf terus kepada pengguna’ secara terbuka, dan memberi penekanan kepada penyediaan aktiviti yang berasaskan kepada tiga komponen utama iaitu Dagangan Kraf, Pameran Produk Hiasan Dalaman dan Demontrasi Pembuatan Kraf.

Selama 11 hari program promosi dijalankan, dianggarkan seramai 150,000 ribu orang pengunjung setempat dan pelancong luar negara terutama warga Singapura telah datang berkunjung ke program promosi ini. Sambutan yang menggalakkan dari pengunjung memberi petunjuk bahawa penerimaan mereka terhadap produk kraf semakin mendapat perhatian.

Berikut adalah antara laporan bergambar sepanjang program berlangsung ;-


Booth usahawan diserang peminat aksesori kristal dan mutiara 


 Songket yang menjadi pilihan pengunjung dari Singapura


pengunjung diberi penerangan mengenai produk yang dijual


Demostrasi tulisan khat mendapat tempahan terus dari pengunjung


Lukisan hiasan henna juga mendapat sambutan dari pengunjung


Persembahan santai 'live band' yang menceriakan suasana


Persembahan tradisional ghazal juga telah menarik perhatian pengunjung


 Kelihatan pengunjung yang terpegun melihat persembahan tarian oleh artis budaya


Usahawan kraf bergambar kenangan bagi penyertaan mereka dalam
Promosi Kraf Malaysia 2013
Angsana Johor Bahru Mall