Larkin- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah mengadakan perhimpunan bulanan pada 23 Ogos 2011 mulai jam 8.30 pagi di bilik latihan Kraftangan Malaysia. Perhimpunan yang dipengerusikan oleh Puan Hardiana Johar telah dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Cintai Warisan Kraf Malaysia. Kemudian, Encik Khairul Irwan Suhaidi Mansin telah membuka acara dengan bacaan doa beliau dan seterusnya ucapan bulanan oleh Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Johor, Encik Nor Azmi bin Haji Ismail kepada semua anggota kerja PKKMCJ. Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Kemerdekaan, Kelab Sukan dan Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah mengadakan sesi penyerahan saguhati kepada semua ahli jawatankuasa untuk menghargai jasa serta sumbangan mereka bagi menjayakan program-program yang dianjurkan oleh PKKMCJ dan KSKKMCJ.
Antaranya ialah:
SAGUHATI AHLI JAWATANKUASA KSKKMCJ |
PENASIHAT |
NOR AZMI B. HAJI ISMAIL |
PENGERUSI | NAIB PENGERUSI |
SAIHAZRA IZREEN BT. HAMZAH | KHAIRUL IRWAN SUHAIDI B. MANSIN |
SETIAUSAHA | BENDAHARI |
ANJALIA BT. RAIMIN | SHAZIELA BT. MOHD SHAH |
BIRO SUKAN | BIRO KEBAJIKAN |
MOHD FAIRUSS B. AB. SAMAT | HARDIANA BT. JOHAR |
BIRO EKONOMI | BIRO AGAMA |
ELLANIE BT. AHMAD IZANI | MOHD AIZAT B. SHAHARUDDIN |
AHLI | AHLI |
FAZAR IVAN HIDAYAT B. ZAHARI | NURULNIZA BT. MASUAN |
AHLI | AHLI |
MOHD ROSDI B. IBRAHIM | ASFAZIHA BT. AB. KARIM |
AHLI | AHLI |
ZULKIFLI B. ABD HAMID | KHAIRUL NIZAR SYAH B. ABDUL JABAR |
AHLI | AHLI |
NORHASLIZARAF BT. AB. RAUF | RAHAMAH BT. ABU BAKAR |
Sementara itu juga, penyerahan saguhati turut diberikan kepada dua anggota kerja kontrak iaitu Puan Surif Taif dan Encik Sadikin Ngadin. Kemudiannya, sesi penyerahan cenderamata kepada pengarah di atas kelahiran cahayamata bongsunya pada 5 Ogos yang lalu dan seterusnya upacara penyerahan kad kelahiran kepada dua anggota kerja yang lahir pada bulan Jun iaitu Cik Norhaslizaraf Ab. Rauf dan Encik Khairul Nizar Syah Abdul Jabar sebagai penutup acara. Perhimpunan bulan Ogos telah bersurai pada pukul 9.30 pagi. Sekian.