Selama 11 hari program promosi dijalankan, dianggarkan seramai 150,000 ribu orang pengunjung setempat dan pelancong luar negara terutama warga Singapura telah datang berkunjung ke program promosi ini. Sambutan yang menggalakkan dari pengunjung memberi petunjuk bahawa penerimaan mereka terhadap produk kraf semakin mendapat perhatian.
Berikut adalah antara laporan bergambar sepanjang program berlangsung ;-
Booth usahawan diserang peminat aksesori kristal dan mutiara
Songket yang menjadi pilihan pengunjung dari Singapura
pengunjung diberi penerangan mengenai produk yang dijual
Demostrasi tulisan khat mendapat tempahan terus dari pengunjung
Lukisan hiasan henna juga mendapat sambutan dari pengunjung
Persembahan santai 'live band' yang menceriakan suasana
Persembahan tradisional ghazal juga telah menarik perhatian pengunjung
Kelihatan pengunjung yang terpegun melihat persembahan tarian oleh artis budaya
Usahawan kraf bergambar kenangan bagi penyertaan mereka dalam
Promosi Kraf Malaysia 2013
Angsana Johor Bahru Mall