Kluang- Pengusaha dari syarikat Palldolls Fashion Creation Sdn. Bhd. di bawah program Usahawan Mikro, Kecil dan Sederhana negeri Johor telah disahkan meninggal dunia pada 8 September 2011 jam 12.14 tengahari. Mendiang Kanapathipillai A/L K.Sinnadurai meninggal dunia di Hospital Kluang atas disebabkan 'Cerebrovascular Accident' dan pihak PKKMCJ telah menziarahi keluarga mendiang pada 21 September yang lalu selepas lawatan kerja pemantauan bekas peserta Latihan Jangka Pendek Anyaman Rotan di Kampung Ulu Juaseh. Pihak PKKMCJ ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang dan pemergian beliau amatlah dirasai. Sekian.
Selasa, 27 September 2011
Lawatan Kerja Bagi Pemantauan Bekas Pelatih LJP Anyaman Rotan Kg. Ulu Juaseh
Segamat- Satu sesi lawatan kerja bagi pemantauan bekas pelatih Latihan Jangka Pendek (LJP) Anyaman Rotan telah dijalankan oleh anggota kerja Unit Usahawan PKKMCJ yang diketuai oleh Timbalan Pengarah, Cik Saihazra Izreen Hamzah. Lawatan yang dijalankan pada 21 September lalu bertujuan untuk memantau aktiviti para peserta setelah tamatnya latihan tersebut serta meneliti semula isu dan masalah yang dibangkitkan semasa pertemuan itu berlangsung. Puan Hardiana Johar dan Encik Mohd Aizat Shaharuddin telah melaksanakan tugasan mereka dengan jayanya setelah lima orang peserta latihan bersetuju untuk mendaftar sebagai usahawan baru bagi sokongan projek SDSI Anyaman Rotan Daerah Segamat yang diterajui oleh syarikat Gemilang Kraf.
Antaranya ialah:
- Ella Dagoh
- Shima Simas
- Mimi Bujang
- Noraini Bujang
- Zainah Suwing
PKKMCJ akan mewujudkan kerjasama antara Unit Usahawan dengan Unit Rekaan dan Teknikal bagi menghasilkan rekaan-rekaan baru untuk disalurkan kepada mereka. Lima peserta latihan ini telah bersetuju untuk bergerak secara individu dan sasaran mereka adalah penglibatan diri dalam promosi Hari Kraf Kebangsaan 2012 sebagai percubaan pertama mereka selepas berakhirnya LJP dua bulan yang lalu. Semoga dengan pertemuan anggota kerja PKKMCJ bersama mereka akan mengeratkan perhubungan korporat bagi pembangunan industri anyaman rotan di negeri Johor. Sekian.
Langgan:
Catatan (Atom)