Selasa, 26 November 2013

Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI), Autrium Angsana JB Mall



JOHOR BAHRU  6 OKT. - Kerajaan negeri akan menyusun semula pelaksanaan program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) bagi memastikan  matllamatnya mengetengah dan mencipta identiti sesebuah daerah dengan satu identiti dapat dicapai dengan lebih berkesan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, bagi tujuan tersebut, setiap pegawai daerah perlu mengenal pasti industri yang sesuai untuk diketengahkan sekali gus menjadi identiti kepada daerah masing-masing. 
                                                                                                -  petikan akbar Utusan Malaysia


Bagi menyemarakkan dan hubungan kerjasama yang baik,  Kraftangan Malaysia, Cawangan Johor turut memeriahkan Program Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) 2013, anjuran Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) di Autrium Angsana JB Mall yang berlangsung selama 3 hari bermula dari 4 Oktober sehingga 6 Oktober 2013. 

Aktiviti sepanjang Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI), Autrium Angsana JB Mall
coretan sekitar program berlangsung
Booth Kraftangan Malaysia juga mendapat perhatian positif  oleh  Menteri Besar Johor , Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin  dalam usaha kerjasama dalam  melahirkan lebih ramai usahwan dalam bidang kraf terutamanya.   


Antara Usahwan Kraf  yang dijemput oleh peringkat daerah sekitar  Johor  turut memeriahkan Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI)

ihsan: unit usahawan, PKKM Caw Johor

PROMOSI KRAF MALAYSIA 2013 ANGSANA JOHOR BAHRU MALL

JOHOR BAHRU - 24 Mei - 2 Jun 2013 - Angsana Johor Bahru Mall. Penganjuran Promosi Kraf Malaysia 2013 di dalam pusat membeli-belah  Angsana Johor Bahru Mall merupakan kali kedua diadakan dalam skala besar yang melibatkan seramai 76 orang usahawan kraf. Program promosi ini berkonsepkan ‘membawa produk kraf terus kepada pengguna’ secara terbuka, dan memberi penekanan kepada penyediaan aktiviti yang berasaskan kepada tiga komponen utama iaitu Dagangan Kraf, Pameran Produk Hiasan Dalaman dan Demontrasi Pembuatan Kraf.

Selama 11 hari program promosi dijalankan, dianggarkan seramai 150,000 ribu orang pengunjung setempat dan pelancong luar negara terutama warga Singapura telah datang berkunjung ke program promosi ini .Sambutan yang menggalakkan dari pengunjung memberi petunjuk bahawa penerimaan mereka terhadap produk kraf semakin mendapat perhatian.

Di bawah adalah antara gambar-gambar sepanjang program berlangsung.


Pembeli sedang membuat rundingan harga


Booth usahawan diserang peminat aksesori kristal


Demonstrasi tulisan khat


Lukisan henna juga mendapat sambutan oleh pengunjung


Usahawan memberi penerangan kepada pengunjung


Persembahan yang menceriakan suasana promosi


Pengunjung tertarik dengan persembahan kebudayaan yang disediakan


Gambar kenangan usahawan yang menyertai Promosi Kraf Malaysia 2013
Angsana Johor Bahru Mall

SEKALUNG TAHNIAH DENGAN KELAHIRAN BARU -RAHAMAH ABU BAKAR


Sekalung tahniah buat Puan Rahamah Abu Bakar
Penolong Ehwal Ekonomi 
PKKM Cawangan Johor 


Kami Warga Kerja PKKM Cawangan Johor 
mengucapkan TAHNIAH di atas kelahiran Cahaya Mata Pertama 
Puan Rahamah Abu Bakar pada 20 November 2013 (Rabu) 
di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat Johor. 

Dengan ucapan doa:

Perkenalkan si comel

   Darwisyah Zahra Bt Muhammad Firdaus
3.1 kg - 1.00pm


ihsan : unit usahawan

Khamis, 19 September 2013

LATIHAN JANGKA PENDEK ANYAMAN ROTAN, FELDA BUKIT BATU, KLUANG JOHOR


28 Ogos 2013(Rabu);Felda Bukit Batu, Kulaijaya, Johor

Majlis Perasmian bagi aktiviti Latihan Jangka Pendek (LJP)Anyaman Rotan  telah diadakan dan dirasmikan oleh Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Johor, Encik Nor Azmi Bin Haji Ismail dengan dihadiri oleh Ketua Kampung Felda Bukit Batu, AJK Kampung dan para peserta yang terlibat. Aktiviti ini dijalankan dalam tempoh 3 bulan dan dijangka akan berakhir pada November 2013. Waktu latihan dikendalikan mengikut jadual pembelajaran yang diguna pakai secara seragam di dalam modul pembelajaran.      

          Matlamat aktiviti LJP Anyaman Rotan dijalankan adalah usaha bagi mencapai hasrat dalam mewujudkan kelompok penganyam rotan yang berupaya membantu meningkatkan pengeluaran produk berasaskan anyaman rotan. Seramai 5 orang peserta yang berpotensi telah dikenalpasti dan diberi peluang dalam mengikuti aktiviti ini dan Usahawan dari Syarikat Perusahaan Daya Kraf, Hajah Mijah bt Sinan telah dilantik sebagai tenaga pengajar. Dengan pengalaman dan kemahiran beliau, semoga para peserta mendapat ilmu dan tunjuk ajar dalam merancakkan industri kraf bidang Anyaman Rotan khususnya.

           Untuk mendapatkan impak yang lebih berkesan di dalam pelaksanaan aktiviti LJP Anyaman Rotan ini, pendekatan melalui hubungan kerjasama perlu dibentuk antara industrial player/ usahawan, Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK) dan agen pemasaran seperti Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn Bhd dan SDSI Craft Shop

          Selamat MajuJaya bagi semua yang terlibat dan terima kasih diatas kerjasama antara Kraftangan Malaysia Cawangan Johor dan usahawan akan berterusan dalam usaha memartabatkan Industri Kraf Malaysia dimata dunia.











ihsan: Unit Usahawan, PKKM Cawangan Johor

Rabu, 31 Julai 2013

Salam Aidilfitri Dari Kami Warga Kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Johor


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Di kesempatan yang ada ini, kami ingin melafazkan syukur Alhamdulillah kerana dengan izin dan limpah kurnia dari-Nya, kita masih lagi dapat bersama menyambut Ramadhan Al-Mubaraq bulan yang dipenuhi dengan segala nikmat dan pahala di dalamnya.

"Tatkala kita kita bersua, bertentang mata bertutur berbicara, pastinya ada ketika bingkisan kata-kata menyinggung rasa, terpalit duka, terpendam sedikit amarah...
Dan pastinya ia bukan lahir dari zarah-zarah hati, tetapi terpancul sahya dalam berkata ditemani bahagian hitam jiwa..."

Di kesempatan yang masih ada ini, afdalnya kami ingin mohon maaf dari azali hingga kini, atas segala kekhilafan, ketidakpuasan, keterlanjuran dan kedaiffan kami selama ini.

Semoga dengan Syawal 1434H yang bakal menjelma tidak kurang lebih 1/3 purnama dapat dirai disambut dengan penuh kegirangan serta kesyukuran..


Salam Aidilfitri, Salam Dunia, Salam Akhirat, Salam Semuanya...


Ikhlas dari kami,
"Warga Kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Johor"
                                                             

                                                  "The 13th Of  Year 2013"






















Khamis, 25 Julai 2013

PROMOSI KRAF MALAYSIA AIDILFITRI 2013

JOHOR BAHRU - 25 JULAI 2013 / Angsana Johor Bahru Mall - Promosi Kraf Malaysia Aidil Fitri 2013 adalah pertama kali dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia. Promosi ini bermula pada 1 Julai - 19 Julai bagi sesi pertama dan 20 Julai - 7 Ogos bagi sesi kedua.

Program promosi yang sedang berlangsung ini telah disertai oleh usahawan kraf yang mempromosikan produk kraf bagi persediaan menyambut Aidil Fitri. Antara produk kraf menarik yang boleh didapati sepena promosi ini adalah baju kurung atau kemja batik, baju melayu, hiasan dalaman, aksesori perhiasan wanita dan lelaki, kasut, capal dan pelbagai lagi.

LOKASI : Level 2, (Lot gedung KAMDAR lama)

Berikut adalah gambar lokasi tapak promosi dan aktiviti promosi sepanjang program:-


Pandangan hadapan lot Promosi Kraf Malaysia


Antara produk laris

Kelihatan pengunjung yang sedang membeli

produk usahawan bagi persiapan hari raya.

Pengunjung sedang diberi penerangan mengenai 
produk capal
Capal yang menjadi pilihan kaum lelaki untuk dikenakan 
denganbaju melayu di hari lebaran nanti
Aksesori hiasan batu permata juga mendapat perhatian
daripada kaun wanita khasnya
Pengunjung dari pelbagai kaum termasuk
 warga negara Singapura dan Indonesia









BIMBINGAN TEKNIKAL SENJATA TRADISIONAL


KLUANG- JOHOR:
Pelaksanaan Bimbingan Teknikal Senjata Tradisioanal  telah bertempat di Bengkel Parangkraf, Kluang, Johor Bahru pada 13 hingga 17 Mei 2013 (5 hari)