Segamat- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan Bengkel Bimbingan Teknikal Anyaman Rotan di Rancangan Tanah Beliawanis, Bukit Mambai dan Bengkel Bimbingan Teknikal Anyaman Lekar di Felda Chempelak Barat yang bermula pada 23 Januari sehingga 27 Januari 2011.
Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Anyaman Rotan mula beroperasi di Rancangan Tanah Beliawanis, Bukit Mambai, Labis, Segamat pada tahun 2005. Namun begitu, perusahaan ini telah mengalami beberapa masalah terutamanya kekurangan bahan mentah rotan dan penglibatan usahawan atau tenaga kerja mahir yang merupakan kelompok kecil dalam bidang Kraf Anyaman Rotan. Seterusnya, pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah menjalankan kajian dan pemantauan di kawasan Daerah Labis bagi mencari tenaga kerja mahir di dalam bidang Anyaman Rotan pada 15 Januari 2011. Justeru itu, pihak Kraftangan Malaysia mendapati penempatan Orang Asli di Kampung Ulu Juaseh adalah bersesuaian dalam pencarian tenaga kerja mahir baru yang mampu digilap oleh Kraftangan Malaysia bagi mengembangkan lagi Kraf Anyaman Rotan di Negeri Johor. Oleh yang demikian, pihak Kraftangan Malaysia juga telah mengambil keputusan untuk mengadakan program Bimbingan Teknikal Anyaman Rotan di Bengkel Gemilang Kraf, Rancangan Tanah Beliawanis, Bukit Mambai dengan kerjasama Orang Asli Kampung Ulu Juaseh bagi menjayakan aktiviti ini.
Manakala Bengkel Bimbingan Teknikal Anyaman Lekar diadakan di Felda Chempelak Barat atas kerjasama pihak pengurusan Felda Chempelak Barat untuk memberi latihan asas dan pengetahuan Kraf Anyaman Lekar kepada penduduknya dan seterusnya mereka didedahkan dengan asas kepenggunaan bahan mentah lidi kelapa sawit yang mudah didapati di sana. Pihak Kraftangan Malaysia juga bercadang untuk mewujudkan kelompok usahawan kraf baru bagi anyaman lekar dengan menggunakan lidi kelapa sawit sebagai 'identiti kraf setempat'.
Majlis Penutup Program Bimbingan Teknikal Anyaman Rotan dan Anyaman Lekar dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' Norhayati binti Omar (Ahli Lembaga Pengarah Kraftangan Malaysia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Khas Pembangunan Usahawan, Kraftangan Malaysia). Turut hadir sama ialah Yang Berusaha Encik Ajib bin Hussein (Penghulu Mukim Labis 5), Yang Berusaha Encik Ibrahim bin Ismail (Pengarah Bahagian Usahawan, Kraftangan Malaysia) dan Yang Berusaha Encik Nor Azmi bin Haji Ismail (Pengarah, Kraftangan Malaysia Cawangan Johor) pada 27 Januari 2011 di Bengkel Gemilang Kraf, Rancangan Tanah Beliawanis, Bukit Mambai, Labis, Segamat, Johor.
Seramai 35 orang peserta (18 orang mengikuti Bengkel Bimbingan Teknikal Anyaman Lekar di Felda Chempelak Barat dan 17 orang mengikuti Bengkel Bimbingan Teknikal Anyaman Rotan di Rancangan Tanah Beliawanis, Bukit Mambai) bagi menyertai program ini yang dipimpin oleh fasilitator kraf yang berpengalaman. Melalui Bengkel Bimbingan yang diadakan ini, setiap peserta akan didedahkan mengenai proses, teknik, reka corak serta berpeluang membuat sendiri produk kraf tersebut.
Antara senarai nama yang terlibat dalam program ini:
- Anggota Kerja Kraftangan Malaysia
- Mohd Razis bin Md. Said (Timbalan Pengarah, Bahagian Usahawan)
- Saihazra Izreen binti Hamzah (Penolong Pengarah, Kraftangan Malaysia Cawangan Johor)
- Fazar Ivan Hidayat bin Zahari (Pereka, Kraftangan Malaysia Cawangan Johor)
- Mohd Khairul Azman bin Che Kob (Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi, Bahagian Usahawan)
- Anjalia binti Raimin (Pengajar Kraf, Kraftangan Malaysia Cawangan Johor)
- Asfaziha binti Ab. Karim (Pengajar Kraf, Kraftangan Malaysia Cawangan Johor)
- Mohd Rosdi bin Ibrahim (Pengajar Kraf, Kraftangan Malaysia Cawangan Johor)
- Mohd Aizat bin Shaharuddin (Pereka, Kraftangan Malaysia Cawangan Johor)
- Fasilitator Kraf
- Kamsiah binti Md. Kassim (BT Anyaman Rotan)
- Noriza binti Ali (BT Anyaman Rotan)
- Maimun binti Mohamad (BT Anyaman Lekar)
- Kuntong binti Muhamad (BT Anyaman Lekar)
- Urusetia
- Normala binti Ahmad @ Basiran (Felda Chempelak Barat)
- Halimah binti Atan (Rancangan Tanah Beliawanis, Bukit Mambai)
- Haliza binti Abdul Latif (Penempatan Orang Asli, Kampung Ulu Juaseh)
- Peserta
- Bengkel Bimbingan Teknikal Anyaman Rotan
- Noratikah binti Muhamad Ma'rof
- Nur Sayazwani binti Ramlan
- Nur Azeera binti Zahari
- Zainah binti Suwing
- Kartini binti Mansor
- Aishah binti Ahtat
- Bunga binti Atan
- Hafizah binti Mu
- Noraini binti Bujang
- Lia binti Mansor
- Mimi binti Bujang
- Nur Syuhadah binti Ab. Rahman
- Halimah binti Atan
- Jalimah binti Atan
- Mohamad Taufik bin Paiman
- Normah binti Masdar
- Sunanterah binti Jais
- Bengkel Bimbingan Teknikal Anyaman Lekar
- Hafiza binti Mohamad
- Siti Rohani binti Daut
- Suzila binti Sukamto
- Nur Aniyah binti Salehan
- Sakinah binti Supian
- Rosimah binti Uyop
- Maryani binti Ali
- Nur Afifah binti Omar
- Siti Nurhani binti Abu Bakar
- Norfaraidah binti Ibrahim
- Rahayu binti Husin
- Mistina binti Abu
- Raimah binti Saimon
- Saadiah binti Alyee
- Kamariah binti Hassan
- Sti Aisyah binti Abu
- Siti Hawa binti Mohd Jisin
- Maimunah binti Mazlan
Antara gambar-gambar aktiviti yang dijalankan:
Persiapan Tempat
- Bengkel Bimbingan Teknikal Anyaman Lekar
- Bengkel Bimbingan Teknikal Anyaman Rotan
- Majlis Penutup Program
Bengkel Bimbingan Teknikal
- Anyaman Lekar
- Anyaman Rotan
Gotong-Royong Persiapan Makanan (Majlis Penutup)
Majlis Penyerahan Sijil
Lawatan Pameran Produk Peserta Bengkel