Larkin- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Cawangan, PKKMCJ Bilangan 06/2011 pada 14 Julai 2011. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah PKKMCJ telah berlangsung selama dua jam di bilik mesyuarat Kraftangan Malaysia Cawangan Johor dan ia telah berakhir pada pukul 4.30 petang.
Antara agenda yang diperbincangkan ialah:
- Agenda 1: Perutusan Pengerusi
- Agenda 2: Pengesahan Minit Mesyuarat Bilangan 05/ 2011
- Agenda 3: Perkara-Perkara Berbangkit
- Agenda 4: Laporan Prestasi Aktiviti Pengurusan dan Pembangunan
- Agenda 5: Laporan Prestasi Perbelanjaan Pengurusan dan Pembangunan
- Agenda 6: Membincangkan Perkara-Perkara Baru
- Agenda 7: Hal-Hal Lain