Selasa, 15 Mac 2011

Hari Kraf Kebangsaan 2011

Kuala Lumpur- Hari Kraf Kebangsaan 2011 telah dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia selama 13 hari bermula pada 23 Februari hingga 7 Mac 2011 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Aktiviti berprestij peringkat kebangsaan ini merupakan kali ke sembilan penganjurannya di sana. Hari Kraf Kebangsaan 2011 bertemakan "Kraf Menjana Ekonomi" khusus untuk usahawan kraf dalam penglibatan mereka dalam pembangunan industri kraf negara. Isteri Timbalan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Puan Sri Norainee Abdul Rahman telah merasmikan Hari Kraf Kebangsaan 2011 pada 24 Februari 2011 mulai pukul 10.30 pagi dan diiringi oleh tetamu kehormat:

  1. Yang Berhormat Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim,
    Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan;
  2. Yang Berhormat Datin Seri Utama Masnah Rais,
    Isteri Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan;
  3. Yang Berhormat Dato' Joseph Salang,
    Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan I;
  4. Yang Berhormat Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz,
    Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan II;
  5. Yang Berbahagia Dato' Sri Kamaruddin Siaraf,
    Ketua Setiausaha Kementerian Penerang Komunikasi dan Kebudayaan;
  6. Yang Berbahagia Datuk Zakiah Ahmad,
    Pengerusi Kraftangan Malaysia; dan
  7. Yang Berusaha Encik Mohd. Kamil Mohd Ali,
    Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia.

Tema-Tema Hari Kraf Kebangsaan seperti:

2011- "Kraf Menjana Ekonomi"
2010- "Kraf Kreatif dan Inovatif"
2009- "Kraf dan Gaya Hidup"
2008- "Kraf Ke Persada Dunia"
2007- "Kraf Satu Warisan"
2006- "Alam Ilham Motif Kraf"
2005- "Kraf Untuk Semua"
2004- "Inovasi Kraf"
2003- "Cintai Kraf Malaysia"


Seramai 22 usahawan kraf dari negeri Johor telah menyertai aktiviti jualan sepanjang program ini berlangsung. Mereka terdiri daripada bidang kayu, anyaman kraf, aneka kraf, batik dan tenunan serat nanas. Di samping itu, terdapat juga penglibatan seorang usahawan Johor telah menjalankan aktiviti demonstrasi pembuatan kraf kuda kepang di sana. Koleksi kain tenunan dan peralatan dari pembuatan benang serat nanas telah diperagakan selama enam bulan di Pameran Teknologi Tradisional Pembuatan Tekstil di Muzium Kraf Kuala Lumpur sempena Hari Kraf Kebangsaan 2011 .

Jualan Kraf (Usahawan Johor)






Demonstrasi Pembuatan Kraf Kuda Kepang


Pameran Teknologi Tradisional Pembuatan Tekstil (Pembuatan Benang Serat Nanas)