Isnin, 25 Mac 2013

Parangkraf merangkul tempat ke -2 dalam Pertandingan Produk Kraf Sempena Hari Kraf Kebangsaan 2013

 
Larkin: Hari Kraf Kebangsaan 2013 (HKK 2013) telah berakhir pada 11 Mac 2013 yang lalu  menghimpunkan seramai lebih 450 orang usahawan pelbagai bidang seperti tekstil, hasil rimba, seramik, hasil logam dan aneka kraf dari seluruh negara.

Sepanjang HKK2013, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan oleh Kraftangan Malaysia dan antaranya ialah Pertandingan Produk Kraf yang telah menobatkan usahawan dari Johor iaitu Parangkraf  merangkul tempat  kedua dalam pertandingan tersebut. 

Tahniah buat Encik Mohd Norizy Mokhtaf dengan hasil produk kraf beliau dari kami warga kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Johor. 

Semoga dengan pencapaian ini dapat menyuntik semangat kepada beliau dan semua usahawan Johor terutamanya dalam menghasilkan rekaan produk kraf yang lebih inovatif dan kreatif pada masa akan datang.
 
Tahniah buat En Mohd Norizy Mokhtaf, Parangkraf Johor
Hasil sentuhan kreatif dari Parangkraf

Jumaat, 15 Mac 2013

Festival Layang - Layang Sedunia 2013

JOHOR BAHRU : Pada 20 - 24 Febuari 2013 yang lalu, telah berlangsungnya Festival Layang - Layang Sedunia 2013 kali yang ke 18 di Pasir Gudang, Johor Bahru. Festival ini anjuran Kerajaan Negeri Johor melalui Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dengan kerjasama Jabatan Pelancongan Negeri Johor, Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Negeri Johor, Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan Persatuan Pelayang Johor.

Di festival tersebut menyaksikan pelbagai penglibatan peserta dari pelbagai negara luar, juga terdapat penglibatan usahawan kraf di bahagian booth jualan kraf iaitu Permata Ilham Larik Ent. (Kayu Larik) dan Pasir Gudang Craft (Seramik).


Isnin, 4 Mac 2013

Interaktif Kraf Anyaman Rotan Bersama Johor Japanese School

Larkin, 25 Febuari 2013

Satu aktiviti pendidikan kraf iaitu  interaktif kraf Anyaman Rotan telah diadakan di Kraftangan Malaysia, bersama sekumpulan pelajar dari Johor Japanese School, Setia Alam Johor Bahru. 

Aktiviti ini disertai oleh seramai 26 pelajar, 4 orang guru dan dibimbing oleh tenaga pengajar yang dilantik iaitu Puan Hajah Mijah dari Perusahaan Daya Kraf, Johor. 
Interaktif kraf Anyaman Rotan bermula dari jam 9 pagi dan berakhir 12 tengahari.

Aktiviti interaktif kraf anyaman rotan ini diselaras oleh pegawai Kraftangan Malaysia Cawangan Johor iaitu Puan Zuraida Abd Manap, ketua Unit Pemuliharaan Kraf dan dibantu oleh En Rosdi Ibrahim, pengajar kraf.

Apa yang menariknya aktiviti kali ini, kesemua pelajar yang berasal dari Jepun ini kurang fasih berbahasa Inggeris dan Melayu. Satu cabaran untuk kami bertolenrasi antara satu sama lain . Namun dengan bantuan Puan Norazimah Arifin yang bertindak menjadi "tukang alih bahasa" dapat selesai masalah kami.. Apapun, kami  sempat juga belajar sepatah dua bahasa Jepun dari mereka... Pengalaman yang cukup berharga buat kami semua. 


Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan dari masa ke semasa dalam usaha memartabatkan produk Kraf Malaysia ke mata dunia.

terima kasih pada semua yang terlibat dan Sayonara!  


 Abadikan kenangan bersama wajah ceria pelajar Jepun selepas selesai mengikuti aktiviti interaktif kraf anyaman rotan di perkarangan PKKM Cawangan Johor

Sebahagian pelajar mengambil tempat dan mendengar penerangan dari tenaga pengajar


 Puan Hajah Mijah menunjukkan cara dan teknik dalam anyaman rotan kepada peserta

Suasana sepanjang aktiviti sedang berlangsung

Turut dibantu oleh En Rosdi Ibrahim 

kesungguhan para peserta dalam mempelajari teknik anyaman rotan






Antara hasil dan contoh produk anyaman