PKKMCJ



LATAR BELAKANG


Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia atau lebih dikenali sebagai Kraftangan Malaysia telah mula beroperasi di negeri Johor pada tahun 1986 di Bangunan Kompleks MAWAR, Jalan Sungai Chat, Johor Bahru. Setelah 2 tahun, pejabat Kraftangan Malaysia cawangan Johor berpindah ke lokasi baru iaitu di Bangunan KOMTAR , Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru.

Kraftangan Malaysia ketika itu berperanan untuk menggalak penglibatan pengusaha kraf dalam program-program pembangunan yang meliputi bimbingan teknikal dan latihan kemahiran dalam bidang tenunan songket dan pembuatan batik. Pada tahun 1996 Kraftangan Malaysia cawangan Johor telah menamatkan operasinya di Johor dengan menyerahkan semula bangunan kompleks pejabat kepada Majlis Wanita Johor (MAWAR).

Pada 22 April 2002, Pusat Pembangunan Kraf Johor telah dibuka semula dan beroperasi di Lot, PTB 20002, Jalan Cenderasari, Off Jalan Datin Halimah, 80350, Larkin , Johor Bahru, Johor Darul Takzim.



BIDANG KRAF

PRODUK KRAF JOHOR

1.
Hasil Rimba

- Ukiran Kayu, Anyaman Rotan, Tempurung, Replika Bot, Replika Rumah Tradisional dan Anyaman Mengkuang.







2.

Tekstil

- Tenunan, Batik, Jahitan Tradisional, Jahitan Sulaman Manik dan Jahitan Sulaman Tampal.








3.

Aneka Kraf

- Capal, Kuda Kepang, Layang-Layang, Alat Muzik Tradisional, Frame Alaf Baru, Anyaman Kertas, Kulit Siput dan Kraf Botol.







4.

Logam

- Alat Senjata, Aksesori Rumah dan Aksesori Wanita.









5.

Seramik

- Pasu Bunga.












AKTIVITI UTAMA

Unit Usahawan
- Satu Daerah Satu Industri (SDSI)
- Pembangunan Usahawan Kraf
  i)   Projek Pentahapan
  ii)  Perantisan Kraf Warisan dan Orang Asli
  iii) Skim Inkubator
- Pembangunan dan Promosi Batik dan Tenun
- Pembangunan Teknikal, Produktiviti dan Kualiti

Unit Pemuliharaan Kraf
- Pemuliharaan- Pendidikan Kraf/ Interaktif Kraf
- Pemeliharaan- Galeri Warisan

Unit Promosi
- Promosi Bertema Peringkat Ibu Pejabat
- Promosi Jualan Peringkat Negeri

Unit Rekaan
- Pembangunan Produk (Rekaan dan Prototaip)

Unit Teknikal
- Kajian Bahan (Kajian Serat Nenas)
- Kajian Teknologi



LOKASI



Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor
Lot PTB 20002, Jalan Cenderasari, Off Jalan Datin Halimah, 80350, Larkin, Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07- 235 0433 Faks: 07- 235 0432
Emel: craftjohor@kraftangan.gov.my



Isnin sehingga Khamis 
9.00 am - 1.00 pm 
2.00 pm - 4.30 pm


Jumaat 
9.00 am - 12.15 pm
2.45 pm - 4.30 pm