Khamis, 29 Disember 2011

Kerja-Kerja "Pulling Down" Promosi Kraf Malaysia 2011

Johor Bahru- Selepas berakhirnya Promosi Kraf Malaysia 2011 pada 25 Disember yang lalu, pihak Kraftangan Malaysia telah memulakan aktiviti "pulling down" pada hari keesokannya bersama dengan para pembekal yang dilantik untuk menguruskan kerja pemunggahan barang dan kelengkapan khemah. Kerja-kerja pemunggahan telah dijalankan selama tiga hari dan ia berakhir semalam. Terima kasih di atas sokongan dan kerjasama anda bagi memastikan kerja-kerja pemunggahan selesai hingga jayanya. Sekian.

Interaktif Kraf Sempena Promosi Kraf Malaysia 2011

Johor Bahru- Seramai 1,025 (Seribu Dua Puluh Lima) orang telah menyertai interaktif kraf seperti anyaman rotan dan mewarna batik sempena Promosi Kraf Malaysia 2011 yang bermula pada 17 hingga 25 Disember 2011 di Padang A, Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor. Aktiviti ini terbahagi kepada dua sesi iaitu pukul 11.30 pagi hingga 12.30 tengahari dan pukul 3.30 petang hingga 4.30 petang. Aktiviti yang berkonsepkan "do it yourself" ini adalah percuma dan ia terbuka kepada pengunjung yang hadir ke sini.

Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) telah melantik dua orang jurutunjuk bagi aktiviti tersebut iaitu :
  1. Cik Nurfutiha binti Salimen (Interaktif Kraf Anyaman Rotan)


  2. Encik Muhamad Nawwar bin Hadzirin (Interaktif Kraf Mewarna Batik)

Antara gambar-gambar menarik yang sempat dirakam sewaktu aktiviti tersebut sedang dijalankan sepertimana berikut :
  • Interaktif Kraf Anyaman Rotan





  • Interaktif Kraf Mewarna Batik

Persembahan Kebudayaan Sempena Promosi Kraf Malaysia 2011


Johor Bahru- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara, Johor telah menjalinkan hubungan kerjasama bagi mengadakan persembahan kebudayaan sempena Promosi Kraf Malaysia 2011 yang bermula pada 16 hingga 25 Disember 2011.


Antaranya ialah:

16 DISEMBER 2011 (JUMAAT)

15.30 p.m – 16.00 p.m

17.00 p.m – 17.30 p.m

Kumpulan Ghazal – Persembahan Ghazal dan Nyanyian

16.00 p.m – 17.00 p.m

Kumpulan Tarian Tunas Budaya SK Sri Amar (Pontian) – Persembahan Tarian Zapin

20.30 p.m – 21.30 p.m

Karaoke Terbuka

17 DISEMBER 2011 (SABTU)

12.00 p.m – 13.00 p.m

15.30 p.m – 16.30 p.m

Kumpulan Tarian Tunas Budaya SK Sri Amar (Johor Bahru) – Persembahan Tarian Zapin

17.30 p.m – 18.30 p.m

20.30 p.m – 21.30 p.m

Karaoke Terbuka

18 DISEMBER 2011 (AHAD)

12.00 p.m – 13.00 p.m

16.30 p.m – 17.30 p.m

20.30 p.m – 21.30 p.m

Ismail Jejaka – Irama Gesekan & Petikan Gergaji

17.30 p.m – 18.30 p.m

21.00 p.m – 21.30 p.m

Karaoke Terbuka

19 DISEMBER 2011 (ISNIN)

12.00 p.m – 13.00 p.m

15.30 p.m – 16.30 p.m

India Kalaikkottam – Muzikal India

17.30 p.m – 18.30 p.m

20.30 p.m – 21.30 p.m

Karaoke Terbuka

20 DISEMBER 2011 (SELASA)

12.00 p.m – 13.00 p.m

15.30 p.m – 16.30 p.m

Kumpulan Angklong Solo – Persembahan Angklong

17.30 p.m – 18.30 p.m

20.30 p.m – 21.30 p.m

Karaoke Terbuka

21 DISEMBER 2011 (RABU)

12.00 p.m – 13.00 p.m

15.00 p.m – 16.00 p.m

17.00 p.m – 18.00 p.m

Hikaru Entertainment – Persembahan Muzikal & Nyanyian (Guzheng, Biola & Gitar)

17.30 p.m – 18.30 p.m

20.30 p.m – 21.30 p.m

Karaoke Terbuka

22 DISEMBER 2011 (KHAMIS)

12.00 p.m – 13.00 p.m

15.30 p.m – 16.30 p.m

Kumpulan Ghazal – Persembahan Ghazal & Nyanyian

17.30 p.m – 18.30 p.m

20.30 p.m – 21.30 p.m

Karaoke Terbuka

23 DISEMBER 2011 (JUMAAT)

12.00 p.m – 13.00 p.m

15.30 p.m – 16.30 p.m

Kumpulan Samrah – Persembahan Samrah & Nyanyian

17.30 p.m – 18.30 p.m

20.30 p.m – 21.30 p.m

Karaoke Terbuka

24 DISEMBER 2011 (SABTU)

12.00 p.m – 13.00 p.m

15.30 p.m – 16.30 p.m

Kumpulan Muzik Asli – Persembahan Muzik Asli & Nyanyian

17.30 p.m – 18.30 p.m

20.30 p.m – 21.30 p.m

Karaoke Terbuka

25 DISEMBER 2011 (AHAD)

12.00 p.m – 13.00 p.m

15.30 p.m – 16.30 p.m

Kumpulan Tarian Zapin Kanak-Kanak – Persembahan Tarian Zapin

17.30 p.m – 18.30 p.m

20.30 p.m – 21.30 p.m

Karaoke Terbuka


Rabu, 28 Disember 2011

Permainan Rakyat Sempena Promosi Kraf Malaysia 2011

Johor Bahru- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) telah melantik Encik Zulkarin bin Isa dari Persatuan Gasing Pangkah Kebangsaan sebagai jurutunjuk permainan gasing pangkah sempena program Promosi Kraf Malaysia 2011 yang bermula pada 15 hingga 25 Disember 2011, jam 10 pagi hingga 6 petang di Padang A, Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor. Permainan rakyat ini diadakan adalah bertujuan untuk mempromosikan semula kepada para pengunjung ke sini agar ia "tidak hilang ditelan zaman" sepertimana peribahasa Melayu, "tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas" yang membawa erti iaitu adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh". Begitulah harapan PKKMCJ agar permainan rakyat ini mampu dipertahankan menjadi warisan budaya bagi genarasi kini dan akan datang tanpa mengira bangsa, warna kulit ataupun agama di sini. Kempen permainan rakyat akan diteruskan bagi menanam minat tentang kepentingannya dan "tak kenal maka tak cinta". Sekian.

Lawatan Berpandu Sempena Promosi Kraf Malaysia 2011

Johor Bahru- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) telah mengadakan aktiviti lawatan berpandu sempena program Promosi Kraf Malaysia 2011 yang bermula pada 15 hingga 25 Disember 2011 di Padang A, Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor. Aktiviti yang terbahagi kepada dua sesi iaitu pukul 12.00 tengahari dan 3.00 petang ini telah menerima penyertaan seramai 1,129 orang dengan penglibatan jabatan/ agensi kerajaan, persatuan-persatuan "NGO" serta institusi pengajian awam di negeri Johor.


Antaranya ialah:
  1. Jabatan Ukur dan Pemetaan Johor (JUPEM)
  2. Biro Pengaduan Awam
  3. Jabatan Kemajuan Masyarakat, Johor (KEMAS)
  4. Kolej Jururawat Masyarakat, Kluang
  5. Klinik Pergigian, Kota Tinggi
  6. Puspanita Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta, Johor
  7. Kolej Jururawat Masyarakat, Segamat
  8. Dharma Wanita Persatuan Konsulat Jenderal Republik Indonesia (DWP-KJRI)
  9. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  10. Politeknik Johor Bahru
  11. Pejabat Daerah Muar
  12. Persatuan Ibu-Ibu Tunggal Nur Soleha
  13. Pejabat Pertanian Daerah Segamat
  14. Perkhidmatan Kesihatan Pergigian, Segamat
  15. Homestay KPW Sinaran Baru
  16. Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)

Demonstrasi Pembuatan Kraf Sempena Promosi Kraf Malaysia 2011

Johor Bahru- Seramai 8 orang usahawan Johor telah dilantik sebagai jurutunjuk bagi aktiviti demonstrasi pembuatan kraf sempena program Promosi Kraf Malaysia 2011 yang bermula pada 15 hingga 25 Disember 2011, jam 10.00 pagi hingga 6 petang di Padang A, Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor. Tujuan demonstrasi ini dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan minat terhadap penggunaan produk tempatan khasnya pembuatan kraf Johor kepada pengunjung yang datang ke sini. Bukan sahaja mereka dapat melihat secara langsung malah diberi peluang untuk mencuba sendiri pembuatan tersebut secara percuma.


Antara demonstrasi pembuatan kraf yang diperlihatkan ialah:
  • Pembuatan Alat Muzik Gambus
    (Encik Mohd Aidil bin Mohd Diah)


  • Pembuatan Alat Muzik Angklong
    (Encik Tumian bin Muridan)


  • Pembuatan Kuda Kepang
    (Encik Naim bin Marjani)


  • Pembuatan Wau
    (Encik Sater bin Kasdi)


  • Ketuk Tembaga @ 'Copper Tooling'
    (Encik Syed Mohd bin Syed Abdullah Al-Barakbah)

  • Batik Canting
    (Cik Nurrul Ain binti Shaid Ahmad)


  • Ukiran Kayu
    (Encik Mohd Nor Asmawi bin Tusiran)


  • Anyaman Rotan
    (Cik Ella binti Dagoh & Cik Mimi binti Bujang)

Selasa, 27 Disember 2011

Jualan Kraf Sempena Promosi Kraf Malaysia 2011

Johor Bahru- Seramai 208 usahawan dari seluruh negara telah menyertai jualan sempena program Promosi Kraf Malaysia selama 11 hari yang bermula pada 15 hingga 25 Disember 2011, jam 10 pagi hingga 10 malam di Padang A, Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor. Program berkonsepkan "membawa produk kraf terus kepada pengguna" telah menarik minat seramai 154,777 orang pengunjung dari penduduk tempatan dan pelancong asing untuk membuat pilihan serta membeli produk yang menawarkan harga kompetitif di sini.

Antara klasifikasi bidang kraf yang terlibat adalah sepertimana berikut:
  • Batik dan Sulaman
  • Songket dan Tenun
  • Hasil Rimba
  • Hasil Tanah
  • Logam
  • Aneka Kraf

Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan syabas kepada semua anggota kerja PKKMCJ dan Ibu Pejabat serta para usahawan yang terlibat dalam melaksanakan program Promosi Kraf Malaysia dengan jayanya melepasi sasaran sebenar jualan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan Kraftangan Malaysia sebanyak RM 3 juta bagi program tersebut. Dengan secara rasminya, pihak PKKMCJ ingin mengumumkan jualan kraf sempena Promosi Kraf Malaysia 2011 di Plaza Angsana, Johor Bahru adalah sebanyak RM 4,023,456.20 (Ringgit Malaysia: Empat Juta Dua Puluh Tiga Ribu Empat Ratus Lima Puluh Enam dan Dua Puluh Sen Sahaja).


Sekalung tahniah diucapkan. Sekian.