Khamis, 23 September 2010
Majlis Persaraan Pengarah PKKMCJ & Jamuan Hari Raya Aidilfitri
Larkin- Kelab Sukan & Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (KSKKMCJ) dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) telah mengadakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri bersama anggota kerja dan usahawan kraf Negeri Johor. Di samping itu juga, pengarah telah diberikan satu kejutan khas oleh anggota kerja yang melaksanakan tugas mereka secara senyap bagi meraikan Majlis Persaraan beliau bersama 85 usahawan kraf yang hadir dan kedua-duanya dijalankan secara serentak pada hari ini.
Majlis ini bermula pada pukul 11 pagi yang dipengerusikan oleh En. Mohd Fairuss dan diiringi oleh bacaan doa oleh En. Mohd Aizat sebagai pembuka acara. Kemudian, acara ini diteruskan dengan ucapan aluan oleh Penolong Pengarah, Cik Saihazra Izreen bagi mewakili semua anggota kerja PKKMCJ dan seterusnya ucapan oleh En. Rahim bagi pihak usahawan kraf Negeri Johor.
Sebelum ucapan khas dari orang yang diraikan iaitu En. Ahmad Faudzi bermula, pengerusi majlis telah membaca perjalanan latar belakang termasuk perkhidmatan beliau di PKKM kepada semua para hadirin di sana. Selepas ucapan pengarah berakhir, aktiviti penyampaian hadiah dijalankan serta acara pemberian kek secara kejutan kepada Cik Shaziela yang menyambut hari lahirnya pada hari ini dengan nyanyian oleh para hadirin.
Majlis bersurai pada pukul 1.00 petang dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri bermula.
Majlis Persaraan En. Ahmad Faudzi & Sambutan Hari Lahir Cik Shaziela
Jamuan Hari Raya Aidilfitri
Pihak KSKKMCJ/ PKKMCJ ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir dan Batin. Jutaan terima kasih kepada semua yang hadir ke Majlis Persaraan Pengarah PKKMCJ dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri serta syabas kepada semua anggota kerja yang bertungkus-lumus bagi menjayakan program tersebut. Semoga kita berjumpa lagi pada tahun hadapan.
Langgan:
Catatan (Atom)