Larkin- Kraftangan Malaysia telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan 2011 serentak pada 12 Julai 2011 di seluruh Malaysia kecuali Pulau Pinang dan Sarawak. PKKMCJ telah melaksanakan Hari Bertemu Pelanggan peringkat Kraftangan Malaysia dengan jayanya. Dianggarkan seramai 800 orang yang mengunjungi premis PKKMCJ sempena program tersebut. Antaranya ialah usahawan kraf, agensi kerajaan, pelajar sekolah peringkat menengah dan rendah, guru-guru, persatuan dari badan bukan Kerajaan (NGO) dan masyarakat awam.
PKKMCJ telah menjalankan program dengan pengisian aktiviti seperti:
- Taklimat Korporat
- Sesi Dialog bersama Usahawan Kraf
- Kaunter Khidmat Pelanggan (helpdesk)
- Kempen Penggunaan Laman Web Kraftangan Malaysia dan Blog PKKMCJ
- Pameran Korporat (Kraftangan Malaysia / Jabatan Penerangan Malaysia / Jabatan Arkib Negara)
- Pendidikan Kraf Peringkat Negeri Johor (Mewarna Batik / Mewarna Pasu Seramik / Anyaman Rotan)
- Demonstrasi Usahawan Kraf
- Lawatan Berpandu
Pihak pengurusan PKKMCJ ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua anggota kerja dan pelajar latihan industri yang bertungkus-lumus bagi memastikan program Hari Bertemu Pelanggan ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Sekian.