Halaman

Selasa, 4 Jun 2013

LAWATAN KERJA PENGURUSAN TERTINGGI DAN PEGAWAI KANAN KRAFTANGAN MALAYSIA KE NEGERI JOHOR

JOHOR LAMA :  Pada 29 dan 30 Mei 2013, PKKM Cawangan Johor telah menerima kunjungan rasmi dari Pengurusan Tertinggi Dan Pegawai-pegawai Kanan Kraftangan Malaysia. Deligasi tersebut diketuai oleh Yang Berbahagia EncikMohd Kamil B. Mohd Ali serta diiringi TKP Operasi En. Ramli  Mohd Noor dan TKP Pembangunan, Tuan Haji Shahrudin Mohd.Nor.
                Seramai 30 orang deligasi turut serta di dalam lawatan kerja dua hari ini yang terdiri dari Pengarah dari semua bahagian ibupejabat. Tentatif program lawatan ini adalah bertujuan utuk melihat dan berinteraksi secara lansung dengan pengusaha dan juga menimba pengalaman merentasi sungai Johor serta mengenali asal usul pentadbiran Melayu lama di negeri Johor.
               
Hari pertama 29 Mei 2013, Khamis :

Ketibaan para tetamu di Kota Tinggi disambut dengan hidangan mkan tengahari di Restoran terkenal di daerah ini, RHD ( Restoran Haji Daud ). Deligasi disaji dengan menu masakan eksotik yang menjadi kegemaran penduduk tempatan. Antaranya adalah Belangkas Masak Sambal, Botok -Botok Ikan Campur, Siput Gonggong, Ayam Masak Lemak Hijau.

 
 Hidangan telah tersedia untuk tetamu dari Kuala Lumpur.

 Pengarah Cawangan Johor, En. Nor Azmi memastikan tetamu diberi perkhimatan terbaik setelah 4 jam perjalanan  .

 Tetamu menikmati hidangan yang disajikan.

En. Nor Azmi serta tetamu kehormat menikmati sajian negeri Johor.
 
Setelah selesai menikmati hidangan tengahari, para tetamu bersolat di Masjid Jamek Bandar Kota Tinggi. Sejurus selepas itu rombongan deligasi di  bawa ke Jeti Sungai Kota Tinggi yang terletak kurang 1 km dari masjid tersebut.
 
En.Mokhtar selaku pemandu senior Kraftangan memberikan perkhimatan terbaik membawa deligasi dengan selamat dan selesa.
 Deligasi bersiap sedia untuk menaiki bot river cruise Johor Lama.

 Tahap keselamatan diberi perhatian sepanjang aktiviti menyusuri Sungai Johor.
 
Tiba di Jeti Johor Lama para tetamu dibawa ke bengkel pembuatan parang oleh En. Tahir dan Syarikat Parangkraf.
 
Hari kedua 30 Mei 2013, Jumaat :
Para tetamu ke penempatan Orang Asli Kanaq Kampung Sg. Selangi, Mawai untuk LJP Anyaman Rotan.
Terima kasih kami ucapkan di atas kesudian tuan puan dalam lawatan ini. Semoga bertemu di lain masa dan ketika.