Halaman

Selasa, 13 Mac 2012

BENGKEL BIMBINGAN TEKNIKAL KRAF ANYAMAN ROTAN (TEKNIK PEMBUATAN DAN KEMASAN PRODUK)

Segamat - Bermula dari 27 Februari hingga 2 Mac yang lalu, pihak Kraftangan Malaysia telah mengadakan Bengkel Bimbingan Teknikal Kraf Anyaman Rotan bertempat di Kg. Orang Asli Ulu Juaseh, Labis dengan dihadiri enam orang usahawan yang kebanyakanya terdiri daripada penduduk kampung tersebut. Bengkel ini diadakan kerana masih lagi terdapat kekurangan dari segi kualiti dan kemasan pada produk (OP) kraf anyaman rotan bersempena HKK 2012 yang bakal diadakan tidak lama lagi. Jesteru itu, pihak kami mengadakan kursus tersebut selama lima hari bagi melatih usahawan menghasilkan produk kraf mengikut teknik pembuatan dan kemasan yang betul sekaligus memenuhi tuntutan standard kualiti Hari Kraf Kebangsaan Malaysia.

Hasil dari perlaksanaan bengkel yang diadakan, pihak kami mendapati para peserta mampu menghasilkan produk kraf mengikut teknik yang diajar, malah mereka juga mampu meneroka dalam menghasilkan teknik baru yang tersendiri contohnya teknik sambungan pemegang rotan pada badan beg yang dihasilkan. Manakala produk-produk siap yang perlu dibaiki dari segi kemasan telah pun dilaksanakan menerusi bengkel ini.

Melalui bengkel yang telah dijalankan juga, pihak kraftangan dapat merumuskan bahawa usahawan - usahawan yang terlibat dapat menemui jawapan kepada permasalahan yang timbul dalam teknik penghasilan dan kemasan produk. Kini usahawan-usahawan tersebut sedang giat dan tekun menghasil produk kraf mengikut jumlah dan standard kualiti yang telah ditetapkan pihak kraftangan.