Larkin- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) telah mengadakan satu sesi perbincangan bagi mewujudkan Pusat Jualan Produk di bawah program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Ukiran Kayu Daerah Muar pada 23 Jun 2011 di bilik mesyuarat PKKMCJ. Objektif bagi mewujudkan pusat jualan ini adalah bertujuan untuk membantu dan mempromosikan produk ukiran iaitu di bawah projek Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Daerah Muar serta mendayamajukan pasaran produk kraf khususnya dalam bidang perabot dan cenderamata.
Antara topik yang diperbincangkan adalah seperti berikut:
- Sewaan dan utiliti ruang pusat jualan;
- Susun atur produk;
- Isu-isu produk (pembungkusan, penjenamaan dan penghantaran produk);
- Perlantikan Pegawai Pemasaran; dan
- Kaedah pembayaran