Johor Bahru- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) telah melantik Encik Zulkarin bin Isa dari Persatuan Gasing Pangkah Kebangsaan sebagai jurutunjuk permainan gasing pangkah sempena program Promosi Kraf Malaysia 2011 yang bermula pada 15 hingga 25 Disember 2011, jam 10 pagi hingga 6 petang di Padang A, Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor. Permainan rakyat ini diadakan adalah bertujuan untuk mempromosikan semula kepada para pengunjung ke sini agar ia "tidak hilang ditelan zaman" sepertimana peribahasa Melayu, "tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas" yang membawa erti iaitu adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh". Begitulah harapan PKKMCJ agar permainan rakyat ini mampu dipertahankan menjadi warisan budaya bagi genarasi kini dan akan datang tanpa mengira bangsa, warna kulit ataupun agama di sini. Kempen permainan rakyat akan diteruskan bagi menanam minat tentang kepentingannya dan "tak kenal maka tak cinta". Sekian.
Halaman
▼
Rabu, 28 Disember 2011
Lawatan Berpandu Sempena Promosi Kraf Malaysia 2011
Johor Bahru- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) telah mengadakan aktiviti lawatan berpandu sempena program Promosi Kraf Malaysia 2011 yang bermula pada 15 hingga 25 Disember 2011 di Padang A, Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor. Aktiviti yang terbahagi kepada dua sesi iaitu pukul 12.00 tengahari dan 3.00 petang ini telah menerima penyertaan seramai 1,129 orang dengan penglibatan jabatan/ agensi kerajaan, persatuan-persatuan "NGO" serta institusi pengajian awam di negeri Johor.
Antaranya ialah:
- Jabatan Ukur dan Pemetaan Johor (JUPEM)
- Biro Pengaduan Awam
- Jabatan Kemajuan Masyarakat, Johor (KEMAS)
- Kolej Jururawat Masyarakat, Kluang
- Klinik Pergigian, Kota Tinggi
- Puspanita Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta, Johor
- Kolej Jururawat Masyarakat, Segamat
- Dharma Wanita Persatuan Konsulat Jenderal Republik Indonesia (DWP-KJRI)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Politeknik Johor Bahru
- Pejabat Daerah Muar
- Persatuan Ibu-Ibu Tunggal Nur Soleha
- Pejabat Pertanian Daerah Segamat
- Perkhidmatan Kesihatan Pergigian, Segamat
- Homestay KPW Sinaran Baru
- Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)
Demonstrasi Pembuatan Kraf Sempena Promosi Kraf Malaysia 2011
Johor Bahru- Seramai 8 orang usahawan Johor telah dilantik sebagai jurutunjuk bagi aktiviti demonstrasi pembuatan kraf sempena program Promosi Kraf Malaysia 2011 yang bermula pada 15 hingga 25 Disember 2011, jam 10.00 pagi hingga 6 petang di Padang A, Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor. Tujuan demonstrasi ini dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan minat terhadap penggunaan produk tempatan khasnya pembuatan kraf Johor kepada pengunjung yang datang ke sini. Bukan sahaja mereka dapat melihat secara langsung malah diberi peluang untuk mencuba sendiri pembuatan tersebut secara percuma.
Antara demonstrasi pembuatan kraf yang diperlihatkan ialah:
- Pembuatan Alat Muzik Gambus
- Pembuatan Alat Muzik Angklong
- Pembuatan Kuda Kepang
- Pembuatan Wau
- Ketuk Tembaga @ 'Copper Tooling'
- (Encik Syed Mohd bin Syed Abdullah Al-Barakbah)
- Batik Canting
- Ukiran Kayu
- Anyaman Rotan
- (Cik Ella binti Dagoh & Cik Mimi binti Bujang)