Halaman

Selasa, 11 Oktober 2011

Lawatan Pengarah PKKMCJ di Sekitar Johor Bahru

Johor Bahru- Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Johor, Encik Nor Azmi b. Haji Ismail telah mengadakan sesi lawatan fasa kedua ke premis usahawan kraf di sekitar Johor Bahru pada 5 Oktober yang lalu. Aktiviti ini merupakan kesinambungan lawatan bagi pemantauan aktiviti terkini usahawan kraf sama ada di bawah projek atau usahawan bebas yang beroperasi di premis masing-masing. Ketua Unit Usahawan, Puan Hardiana Bt. Johar telah mengiringi pengarah bagi tujuan pemantauan tersebut.

Antara premis usahawan yang dikunjungi adalah:
  • JR Anggun Pesona Sdn. Bhd. (Usahawan Mikro IKS - Batik Canting)
  • Encik Tumian Muridan (Kraf Warisan & Orang Asli - Angklung)
  • A & Z Mestika Enterprise (Usahawan Bebas - Kertas Serat Nanas)

Penggunaan Mesin Laser (Ukiran Kayu)

Kuantan- Syarikat Wandarisnor Enterprise iaitu usahawan mikro IKS di bawah projek Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah menjalankan proses laser ke atas produk dengan kerjasama Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang bagi mempertingkatkan kualiti mengikut spesifikasi permintaan pelanggannya. Peminjaman mesin laser tersebut telah dibantu oleh Encik Khairul Nizar Syah b. Abdul Jabar (Pengajar Kraf - Kraftangan Malaysia Cawangan Johor) dan Encik Aziruddin b. Mohd Noor (Pengajar Kraf - Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang) bagi tujuan tunjuk ajar pengendalian mesin dan bantuan teknikal produk yang bermula pada 4 Oktober hingga 5 Oktober 2011 di Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang.

Lawatan Pengarah PKKMCJ ke Kota Tinggi dan Mersing

Johor Bahru- Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah mengadakan sesi lawatan ke premis usahawan kraf di Kota Tinggi dan Mersing yang bermula pada 26 September hingga 27 September 2011. Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk memantau aktiviti terkini usahawan kraf sama ada di bawah projek atau usahawan bebas yang beroperasi di premis masing-masing. Seramai dua anggota kerja dari Unit Rekaan dan Teknikal mengiringi Pengarah semasa lawatan tersebut dijalankan. Antaranya ialah Encik Fazar Ivan Hidayat b. Zahari (Ketua Unit) dan Encik Mohd Rosdi b. Ibrahim (Pengajar Kraf).

26 September 2011
  • Syarikat Koleksi IMM (SDSI Jahitan Tradisional, Kota Tinggi)
  • Rasidah RSBC (Usahawan Bebas - Tenunan Songket, Kota Tinggi)
  • Sinar Logam Craft Enterprise (Usahawan Mikro IKS - Aksesori Logam, Mersing)

27 September 2011
  • Zul Kraf Purba (Kraf Warisan & Orang Asli - Keris Tradisional / Parang, Mersing)
  • Rashid Batik (Usahawan Bebas - Batik Canting, Mersing)